March 29, 2024

Top Blogger Sahut Cabaran Denaihati

Akhirnya blog broframestone.com berwajah baru dan ini merupakan kali ke-3 ianya berwajah baru sejak tahun 2009.

Ini salah satu petanda bahawa pemilik blog ini menyahut cabaran dari saudara Denaihati.

Ini bukan cabaran contest iPhone 5 – Gadget Impian, tetapi menerima cabaran dalam memberi nafas baru kepada blog ini.

Semua pendapat dan kritikan dari entry – Bersama Broframestone di blog Denaihati, Bro terima dengan hati terbuka dalam memberikan yang terbaik kepada pembaca setia blog ini.

Mungkin kerana kebanyakan pembaca blog ini merupakan pembaca setia penulisan Bro sejak tahun 2006. Mereka tidak kisah dengan rupa paras blog ini, yang penting hanyalah pengisian yang ingin Bro kongsikan.

Tetapi bagaimana pula dengan pembaca yang baru?

Tak kan kita nak mereka datang dan pergi tanpa datang kembali ke blog ini?

Tak kan kita nak sentiasa berada di takuk yang sama sampai bila-bila.

Sebagai blogger kita perlu ada matlamat dan paling penting perkembangan positif yang mampu menjadi inspirasi kepada orang lain iaitu pembaca blog kita.

Alhamdulillah,

Baru-baru ini, Bro terpilih menjadi antara Top 10 Blogger – Lelaki Moden Philips Aqua Touch. Pencarian selama 5 minggu merangkumi review kami keatas produk Philips Aqua Touch.

Jasa anda amat Bro hargai sekiranya anda sudi menekan “thumb up” untuk 1 vote sehari kepada Bro.

Undian anda hanya memberikan 20% kepada jumlah keseluruhan penilaian. Tetapi setiap undian anda amat bermakna kepada Bro.

Dalam masa yang sama anda juga berpeluang memenangi Philips Aqua Touch bernilai RM399.

Tidak lupa juga, senarai Top Blogger Malaysia telah dikemaskinikan bagi kategori Blog Peribadi Lifestyle berdasarkan ranking Alexa terkini.

  1. Denaihati.com : 20,720 Global Rank / 111 Rank in MY
  2. Benashaari.com : 67,290 Global Rank / 380 Rank in MY
  3. Ciktom.com : 89,696 Global Rank / 388 Rank in MY
  4. eyriqazz.com : 78,293 Global Rank / 465 Rank in MY
  5. akubiomed.com  : 82,952 Global Rank / 472 Rank in MY
  6. Kujie2.com : 75,785 Global Rank / 474 Rank in MY
  7. Broframestone.com : 75,482 Global Rank / 487 Rank in MY
  8. Puanbee.com   : 67,101 Global Rank / 488 Rank in MY

Kemaskini 20.12.2012 – PuanBee.com

Insya’lah jika tiada apa-apa halangan, Bro akan siapkan senarai Top Blogger Melayu di Malaysia pada penghujung tahun 2012.

Dan dalam senarai tidak akan disertakan blog hiburan, politik mahupun blog copy paste.

Jika ada yang berminat untuk membuat kemaskini ini, Bro dan blogger lain amat menghargainya. Bukan senang nak buat kerja ini dimana ranking sentiasa berubah-ubah setiap hari.

Bicara Bro : Moga rezeki tahun 2013 yang Bro terima dari blog ini akan Bro kongsikan kepada rakan-rakan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyertai kempen Projek 100 Bloggers yang pernah bro jalankan sebelum ini.

Dan ada sesetengah daripada mereka menerima projek berbayar untuk blog mereka tanpa melalui Bro. Tiada masalah, asalkan objektif asalnya tercapai.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

53 thoughts on “Top Blogger Sahut Cabaran Denaihati

  1. Terima kasih bro. Walaupun kelebihan dari segi teknikal kepada saya ia tidak bermakna kerana trafik tidak ribu raban macam orang lain. Apa pun mengharapkan bro sukses selalu.

  2. semua yg tersenarai tu mmg aktif dan ada saja kelainan dalam kehidupan seharian utk dikongsi bersama.
    cm saya ni mmg susah la nk buat blog lifestyle ni sbb nak berjalan pon 2 kali setahun pn ssh. huhu

  3. Tahniah bro. blog DH pun dah senaraikan banyak pembaharuan utk 2013 yg akan dibuat step by step. semuga kita semua boleh menjadikan blogging sebagai karjaya yg baik sebagai bukti kepada anak muda yg masih tercari-cari.

Leave a Reply to auc Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *