You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Tanah Kubur : Amalan Syirik Tebus Dosa

17,437,153 total views, 1,008 views today

Tanah Kubur : Amalan Syirik Tebus Dosa

Tebus dosa?

Dosa tidak boleh dihapuskan kecuali ianya dimaafkan.

Dimaafkan oleh orang yang dianiayai dan juga dosa yang diampunkan oleh Allah SWT.

Tiada istilah anda boleh tebus dosa dengan menemui orang-orang tertentu yang mampu menjalankan upacara tebus dosa.

Itu yang cuba disampaikan oleh cerita Tanah Kubur pada minggu ini.

Lakonan A Galak yang merupakan seorang yang mengaku mampu menghapuskan dosa orang lain.

Beliau mati dengan keadaan yang mengaibkan. Jenazah beliau kehitaman dan muka bernanah serta berbau busuk.

Sewaktu dikapankan, jasad beliau berasap sehinggakan ia dikebumikan.

Liang lahadnya berasap dan berbau. Bila asap hilang, jenazah beliau terkeluar dari liang lahad menyukarkan orang kampung menguruskan pengkebumian jenazah beliau.

Dalam hidup dia, beliau mengenakan bayaran yang tinggi untuk menolong orang menebus dosa-dosa yang pernah mereka lakukan.

Bicara Bro : Sekiranya anda ada melakukan dosa dengan sesiapa, mintalah maaf dengan mereka.

Jika tidak, pohon kemaafkan kepada yang maha Esa. Jangan lupa juga memohon kemaafan dari ibubapa anda.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Tanah Kubur : Amalan Syirik Tebus Dosa

    1. Itu kes masalah jiwa.

      Kalau dia seorang yang selalu mendirikan sembahyang dan mengambil wudhu dengan cara yang betul, insya’lah tiada masalah jiwa seperti ini berlaku.

      Jika ianya berlaku, elok face to face dengan dia. Dalam masa yang sama eratkan hubungan.

      Tak semua insan di muka bumi ini hatinya mudah menerima orang lain.

      🙂

Leave a Reply

Top