March 29, 2024

Shakiddo – Tokey Pemasangan UniFi

Sejak duduk di Bandar Tasik Puteri, Rawang kehidupan agak tunggang langang sebab tiada internet berkelajuan tinggi.

Harapkan pada smartphone sebagai hotspot untuk membekalkan internet untuk memudahkan Bro membuat kerja.

Baru 14 hari guna, jumlah dataplan yang sudah diguna pakai melebihi 3GB. Sedangkan limit untuk dataplan Bro hanyalah 5Gb sebulan.

Parah-parah…!!!!

Try roger tokey pemasangan UniFi – Shakiddo tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan, “Maaf Bro, UniFi masih belum masuk kawasan itu, tahun depan mungkin ada”

Memang la tahun depan tinggal beberapa hari je lagi, tapi bilakah itu?

Bila ditanya kepada rakan blogger yang merupakan tok ketua blogger Rawang – Aman Firdaus. Jawapan yang diterima adalah streamyx.

Streamyx?

Macam ok, so search detail pasal streamyx dekat Google. Harga pun menarik dalam RM140 untuk kelajuan 4Mbps.

Tetapi bila bro tanya pada penyewa lama rumah yang bro sewa ini. Dia cakap kabel telefon dekat rumah itu ada masalah. Nak betulkan perlu pecahkan dinding.

If nak pasangkan, rasanya orang TM akan tolong pasangkan kabel telefon x dari tiang meraka sampai ke dalam rumah?

Sorry bro tak tahu apa-apa, sebab itu nak tanya pendapat korang ini. Hope sudi membantu ek.

Bicara Bro : Malas nak sembang dengan Shakiddo selagi UniFi tak sampai Rawang.

Yes4G, P1, Maxis Fiber? Bro xpasti coverage mereka ok ke x dekat area tempat tinggal Bro. Sebab bro guna internet bukan takat untuk cukup syarat ek.

Kalau nak sekadar cukup syarat, pakai broadband pun dah ok. Tetapi tak memenuhi keperluang seharian Bro.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Shakiddo – Tokey Pemasangan UniFi

  1. Assalamualaikum, kalau pasang cable dari dslam ke direct point, sampai ke premis/ kediaman bro mereka tiada cas dikenakan, kecuali nak tambah jarak cable dari last point/direction ke ruangan rumah, tak silap saya RM50.00 untuk berapa meter entah :), buat cabling luar saja bro nanti tak kena pecahkang dinding :). sekadar berkobngsi ..

    1. W’salam

      Memang plan nak buat cabling luar je sebenarnya, tapi biasalah. Bro jarang ada dekat rumah. Nak tahu bila masa yang sesuai untuk pemasangan mereka.

      Rasanya dari ruangan rumah tiada masalah. Tak perlu penambahan.

  2. salam kejauhan buat abang broframestone di rawang sana.

    permasalahan kabel fiber optik sebenarnya bukan masalah saya. tetapi ia dari TM yang mempunyai schedule untuk laluan kabel ke area sana. setakat yang saya tahu, ia baru sampai di sungai buloh. Kawasan rawang pun banyak demand guna unifi sebenarnya.

    Dan kerja-kerja penarikan kabel juga mempunyai jangkasama untuk siap. Jika jawapan saya mendukacitakan, maka broframestone boleh direct sendiri tanya kepada pihak TM. Buat masa ni, guna lah streamyx atau internet service provider lain yang difikirkan sesuai untuk bro.

    Bicara shakiddo: kalau malas nak sembang dengan shakiddo, takpelah. tunggu lepas kabel unifi masuk rawang, nanti baru sembang yea. :)

    1. He..23x saja je nak buat topik panas la kid.

      Plan memang nak pakai UniFi. Ada juga usha pakej Streamyx, ke Kid handle untuk streamyx juga? yang lain macam kurang sikit sebab harganya.

      Tunggu ada projek la kita sembang he..23x Tapi masih merajuk dengan mu

  3. option lain, buat internal wiring untuk kabel telefon tu jika diberitahu kabel dah tak berapa ok. expose. surface pun takpe. nanti dah ada line unifi, boleh upgrade. (tapi tak pasti laaa bila sampai).. :)

  4. pakai streamyx pun dah cukup laju sebenarnya.. abang bro pun guna 2 orang sahaja.. kami disini kongsi 9 orang.. tapi kalau setakat nak tengok live streaming atau movie online tu ok lagi laa sebab tak ada buffering.

    1. Bergantung pada lokasi dan port.

      Bro guna untuk 2 laptop + 2 iphone + 1 tab. Tak termasukan penggunaan isteri Bro.

      Bro guna bukan untuk tgk video pun, lebih kepada upload dan download. Perlukan kelajuan yang tinggi untuk memudahkan kerje bro.

  5. Bro ..saya guna streamyx kos 110 1Mgb sebulan..ok.. rm50 saja untuk pemasangan talian talipon kontraktor TM yng buat…lain lain kos semua masuk dalam bil bulan pertama dan kedua..

    dulu guna broadband SKMM rm25 sebulan ..hehe.. tak boleh belah ..2 hari je habis data ..

  6. assalamualaikum bro….betul tu line internet ni penting buat blogger yg sentiasa ada n3 yg perlu diupdatekan…:)

  7. buat sementara ni, ape i dgr kabar angin tu ialah TM xkan masuk bandar rawang, dn area rawang dh dikongke oleh pihak Maxis.

  8. Assalammualaikum,

    saya baru pindah 3minggu lepas kat BTP Blok 3 ni. rumah lama pakai Unifi, so bila pakai streamyx ni mmg terasa la beza dia sbb keja mmg akan guna Upload je. masalah dia skang ni streamyx pun kejap2 ada kejap2 hilang. ada skali tu sampai 3bulan takda connection internet/line fon. masa tu belum pindah lagi tapi dah pasang streamyx akhir tahun 2012..

    buat report kat TM 3x report bukak masih tak dibaiki. sampai skarang saya tak bayar bil. RM1k+ jugak bil skarang ni. bila report takde action. bila call balik tanya report apa progress, tau2 report dah close. bila masa setel tanya pun dorg xdpt nak bg jawapan sbb masalah tetap sama.

    jadi saya nak terminate dorg kata masih dalam kontrak masa tu. yg boleh saya buat, saya tak bayar dan report bertulis ke TM dan SKMM. baru duduk 3minggu ni saya followup dgn TM, TM masih tak dapat nak beri jawapan.

  9. semalam saya nampak kontraktor TM membuat kerja2 upgrading “jalurlebar kelajuaan tinggi” (that’s what i saw at the board) it means unifi right?..di area bukit beruntung dekat dengan area seksyen bb7..is it finally arrived at BB area?..

Leave a Reply to raj Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *