April 25, 2024

Senarai Top Blogger Hujung Tahun 2012

Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya hari ini dan esok akan bermula lembaran baru tahun 2013.

Sepanjang tahun 2012, ada banyak blogger baru yang muncul dan ada yang menghilang. Ada yang menamatkan zaman bujang sesama blogger dan ada yang pergi meninggalkan kita.

Begitu juga dengan Bro yang telah menamatkan zaman bujang dan mula berkongsi perluang untuk menjana pendapatan dari blog sesama rakan blogger.

Disini Bro kongsikan senarai blog & blogger melayu terbaik hujung tahun 2012 :-

  1. BeautifulNara.com – 80/14,479
  2. DenaiHati.com – 115/19,902
  3. RotiKaya.com – 118/23,529
  4. Amanz.my – 138/24,707
  5. OhBulan.com – 140/26,088
  6. SoyaCincau.com – 340/49,299
  7. PuanBee.com – 358/62,426
  8. Kujie2.com – 361/68,999
  9. Eyriqazz.com – 369/71,752
  10. CikTom.com – 378/75,982
  11. BenAshaari.com – 397/66,808
  12. Ezany-Kun.com – 452/85,079
  13. BroFramestone.com – 502/72,984

Senarai ini mengikut kedudukan Alexa Malaysia pada 31 Disember 2012 pukul 12pm.

Ianya tidak termasuk blog politik.

Dalam masa kurang 24 jam, blog broframestone.com tersingkir dari senarai top 500 Alexa Malaysia. Ala biasalah tue kan. Blog Bro biasa-biasa je.

Moga tahun 2013 mampu membawa kita ke tahap yang lebih baik. Bukan setakat bergantung pada ranking Alexa semata-mata, tetapi patut menjaga kualiti penulisan dan kandungan blog.

Bicara Bro : Kurangkan maklumat copy paste, fitnah, gosip atau benda yang boleh mengaibkan seseorang. Jika anda mendapat pendapatan dari blog melalui cara ini. Anda fikirlah adakah pendapatan yang anda terima ini bersih?

Banyak benda yang boleh mengharamkan pendapatan. Tetapi ramai yang tidak menitik beratkannya.

Moga rezeki dari blog yang bro terima adalah halal untuk bro berikan pada keluarga. Begini kehidupan blogger sepenuh masa.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

68 thoughts on “Senarai Top Blogger Hujung Tahun 2012

  1. seriau betul bila baca list² mcm ni
    sebab berat nak kekalkan kedudukan ni… kena aktif tiap hari
    moga² tahun 2013 kita semua menjadi blogger lebih berhemah
    pencapaian bukan saja utk diri sendiri, tetapi ‘bekal’ akan datang

  2. Tanniah Top 500 Alexa Rank Malaysia. Saya asyik turun naik macam Yo Yo tetapi puas hari merasai tersenarai Top 500 Malaysia sebanyak 3 kali cuma hendak pertahankan agak lemau sedikit. :-)

  3. tahniah bro. Lagi satu, yg suka main hack2 kat cbox ke, kat entry ke…demi traffic pun hati2la ye. Betul kata bro, ramai yg x titikberatkan tentang halal haram sekarang ni. Sama2 la kita saling mengingati. Tahniah sekali lagi.

    1. Ok je nk copy paste. Tapi jgn la satu entry semuanya dicopy paste. Copy paste point yg nak ditekankan je.

      Paling teruk jgn semua entry dalam blog hasil copy paste

  4. memang kalau bab kopipes tu tak boleh blah lansung..tak tau la sejak dari dulu lagi bila termasuk kat blog yang kopipes je cam rasa menyampah giler..

    neway tahniah buat blogger2 terbaik Malaysia..

  5. assalamualaikum bro…semuanya blogger femes tu moga akan terus memperjuangkan hak sebagai blogger terbaik di Malaysia…:)

  6. jika di banding iAwani dengan Amanz, memang jauh benar. iAwani baru start aktif berblog Januari 2012. Pada 31 Disember jam 12 tengah malam, ranking iAwani di Alexa menjadi 141,573 (global) dan 1358 (malaysia). Walau masih jauh tapi tetap berusaha menjadi makin cemerlang dari segi kualiti content juga kepantasan menerbitkan artikel. Trafik banyak datang dari enjin carian.

Leave a Reply to nyamuk Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *