Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya hari ini dan esok akan bermula lembaran baru tahun 2013.

Sepanjang tahun 2012, ada banyak blogger baru yang muncul dan ada yang menghilang. Ada yang menamatkan zaman bujang sesama blogger dan ada yang pergi meninggalkan kita.

Begitu juga dengan Bro yang telah menamatkan zaman bujang dan mula berkongsi perluang untuk menjana pendapatan dari blog sesama rakan blogger.

Disini Bro kongsikan senarai blog & blogger melayu terbaik hujung tahun 2012 :-

  1. BeautifulNara.com – 80/14,479
  2. DenaiHati.com – 115/19,902
  3. RotiKaya.com – 118/23,529
  4. Amanz.my – 138/24,707
  5. OhBulan.com – 140/26,088
  6. SoyaCincau.com – 340/49,299
  7. PuanBee.com – 358/62,426
  8. Kujie2.com – 361/68,999
  9. Eyriqazz.com – 369/71,752
  10. CikTom.com – 378/75,982
  11. BenAshaari.com – 397/66,808
  12. Ezany-Kun.com – 452/85,079
  13. BroFramestone.com – 502/72,984

Senarai ini mengikut kedudukan Alexa Malaysia pada 31 Disember 2012 pukul 12pm.

Ianya tidak termasuk blog politik.

Dalam masa kurang 24 jam, blog broframestone.com tersingkir dari senarai top 500 Alexa Malaysia. Ala biasalah tue kan. Blog Bro biasa-biasa je.

Moga tahun 2013 mampu membawa kita ke tahap yang lebih baik. Bukan setakat bergantung pada ranking Alexa semata-mata, tetapi patut menjaga kualiti penulisan dan kandungan blog.

Bicara Bro : Kurangkan maklumat copy paste, fitnah, gosip atau benda yang boleh mengaibkan seseorang. Jika anda mendapat pendapatan dari blog melalui cara ini. Anda fikirlah adakah pendapatan yang anda terima ini bersih?

Banyak benda yang boleh mengharamkan pendapatan. Tetapi ramai yang tidak menitik beratkannya.

Moga rezeki dari blog yang bro terima adalah halal untuk bro berikan pada keluarga. Begini kehidupan blogger sepenuh masa.