April 19, 2024

Selesai Sudah Talk Di UiTM Shah Alam

Alhamdulillah

Akhirnya selesai juga talk yang dijemput oleh pihak UiTM.

Talk ini sepatutnya berlangsung dalam tempoh masa 1 1/2jam. Tetapi ianya ditamatkan setelah hampir 3jam berlangsung.

Mungkin soalan dan pertanyaan dari pensyarah dan juga pelajar UiTM perlu kami olah untuk memudahkan mereka memahami.

Terima kasih bro ucapkan kepada Falkulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Shah Alam kerana sudi menjemput kami untuk berkongsi pengalaman dan pengalaman dalam bidang masing-masing.

Antara penceramah jemputan yang dijemput :-

  1. Bro Framestone – Blogger Sepenuh Masa
  2. Syukri Tahir – Usahawan dan juga pelajar. Mempunyai syarikat sendiri pada usia 19 tahun dengan margin keuntungan RM 30 – 40k sebulan
  3. Tuan Nor Sidiq – Designer.

Perkongsian dari 2 penceramah yang lain membuka mata bro. Wow…!!! Kenapa Bro sendiri tidak hebat sewaktu berumur sebaya mereka.

Mungkin waktu itu Bro lebih fokus pada kepemimpinan.

Bicara Bro : Hope akan datang, ada pihak yang sudi menjemput bro untuk bagi talk.

Seronok sebenarnya berkongsi pengalaman dan pandangan yang mampu dijadikan inspirasi kepada orang lain.

Minta jasa baik rakan-rakan untuk klik button vote dibawah ini

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Selesai Sudah Talk Di UiTM Shah Alam

Leave a Reply to abangensemsangatsangat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *