March 29, 2024

Philips Aqua Touch – Inspirasi Buat Lelaki Moden

Lelaki moden?

Mungkin tidak sesuai sangat dengan Bro yang mungkin anda sendiri nampak simple dan bersahaja.

Dari gaya dan lagak, sama seperti orang kebanyakan. Busy dengan kerjaya, tiada masa menguruskan diri sendiri, lebihkan masa didepan laptop dari berdepan dengan manusia.

Masa makan pun tidak menentu. Inikan pula masa tidur.

Itu yang nampak macam muka berserabai dengan misai dan janggut tidak terurus. Belum lagi jambang yang tumbuh meliar tanpa di trim.

Tetapi sejak berkahwin, banyak yang perlu diperbaiki.

Penampilan perlu dijaga. Baru isteri nak berkepit dengan kita, takut ada yang terpikat dengan suami dia kan.

Kalau terpikat pun ada salahnya. Kot-kot ada company yang berminat nak terima suaminya jadi model lelaki maskulin atau model untuk produk mereka.

Sebut pasal produk,

Disini bro nak kongsikan satu produk terbaru dari Philips iaitu “Philips Aqua Touch” – pencukur untuk lelaki moden.

Ianya didatangkan dengan 3 model iaitu AT750, AT890 dan AT940.

Tetapi model yang sesuai dengan Bro adalah AT890. Kenapa?

Ianya sesuai untuk Bro yang bercukur 2-3x dalam seminggu. Seseorang yang kurang menghabiskan masa dalam bilik air.

Paling penting seseorang yang tidak mempunyai plug didalam bilik air dan selalu travel.
Apa kaitannya?

Nanti Bro akan kongsikan. Apa kata kita layan unboxing Philips Aqua Touch.

Ianya didatangkan dalam kotak yang menarik pada harga RM 259.

Bukan kotak yang ingin Bro perkatakan, tetapi isi didalamnya. Korang nak gunakan isi didalamnya, bukan guna kotak untuk mencukur misai dan janggut anda.

Berbaloi tak bagi anda, pada harga RM 259 mampu menjaga penampilan anda setiap hari. Walaupun kenyataannya, anda sendiri tidak mempunyai masa untuk menjaga penampilan anda.

Unboxing Philips Aqua Touch AT890

Didatangkan dengan mesin pencukur Philips Aqua Touch AT890 . Siap berbalut dan mempunyai sticker dimana untuk menjaga kualitinya sehingga sampai ke tangan anda.

Tak pasti sampai tangan anda ianya masih berkualiti atau tidak. Bergantung pada cara anda mengguna dan menjaganya.

Bro tak buat “drop test” lagi. Tetapi teringin nak buat (kalau benda ini percuma)

Yang pasti, masa anda yang berkualiti dapat dijimatkan dengan adanya Philips Aqua Touch ini.

Selain mesin pencukur Philips Aqua Touch, ia juga disertakan penutup khas bagi menutup mata pencukur anda.

Dengan ini dapat memastikan mata pencukur anda berada dalam keadaan baik. Anda digalakkan menukar mata pencukur anda selepas 3 tahun anda gunakan.

3 tahun?

Baru nampak berbaloi dengan harga RM 259 tadi.

Ianya juga disertakan sekali dengan power cable  untuk membekalkan tenaga elektrik kepada pencukur anda.

Yang paling menarik, ianya juga boleh digunakan selepas anda “charging” baterinya selama 3 minit, kemudian anda boleh menggunakannya tanpa perlu menggunakan power cable.

Philips Aqua Touch ini boleh bertahan selama 50 minit selepas ianya di”charge”.

Maka ianya dapat menjimatkan masa berkualiti anda untuk bercukur. Dimana anda boleh bercukur sewaktu tengah breakfast (tak senonoh betul), waktu tersekat dalam trafik jem, waktu tengah termenung (buang air besar – memang tidak senonoh)

Bentuknya yang mudah digunakan.

Memudahkan orang lain untuk mencukur anda.

Sila jangan tiru aksi diatas. Atau aksi yang lebih kurang sama dengan menggunakan Philips Aqua Touch. Kecuali jika anda tidak ingin orang lain menggunakan harta persendirian anda ini.

Info lanjut mengenai Philips Aqua Touch anda boleh dapati di www.philips.com.my

Bicara Bro : Sejak ada isteri dan Philips Aqua Touch ini. hampir hari-hari si isteri ingin shave muka Bro dengan menggunakan Philips Aqua Touch ini.

Hampir seminggu digunakan. Bateri masih belum habis lagi. Tenaga bro je yang habis, sebab dok lari dari isteri. Penat bila muka sendiri dijadikan bahan eksperimen ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

33 thoughts on “Philips Aqua Touch – Inspirasi Buat Lelaki Moden

  1. Cool! Tapi ini sesuai untuk trim kasi licin habis kan?

    Kalau untuk yang menyimpan goatee rasanya kurang sesuai…

    I guna Schick Quattro Titanium Trimmer (+ Shaver). Memang best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *