April 25, 2024

Pertama Kali Menggunakan Pencukur Elektrik

Ini pertama kali Bro menggunakan pencukur elektrik (electric shaver)

Mungkin ini satu perubahan ketara selepas Bro bergelar suami kepada Puan Nazirah. Penampilan perlu dijaga, walaupun kenyataan penampilan “dipaksa” jaga.

Biasalah sejak ada personal assistant yang sudi sehidup semati dengan Bro. Semua benda dia yang jaga untuk memastikan suaminya sentiasa nampak hensem dan kacak (walaupun kenyataannya…..)

Sekarang Bro menggunakan Philips Aqua Touch – AT 890.

Anggap je yang ini merupakan hadiah perkahwinan bro. Menggantikan pencukur yang sedia ada yang mampu berkhidmat sebagai pencukur pakai buang.

Bermaksud,

Lepas Bro pakai, Bro boleh pilih nak buang atau pakai semua. Selalunya Bro akan buang sekiranya terguna pada tempat yang tidak sepatutnya.

Biasalah, bagi mengelakkan jangkitan kuman. Kalau berkarat pun, bro akan buang. Untuk menjamin keselamatan sewaktu mencukur dilain masa.

Bro start bercukur sewaktu tingkatan 1.

Time tue baru baligh, maka banyak bulu (misai dan janggut) dah tumbuh dimuka ini. So tak nampak sangat ke”jambu”an bro berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

Pencukur yang bro beli pun takat berharga RM2 sebungkus (1 bungkus ada 5 pencukur) Kira-kira dalam 40 sen untuk 1 pencukur.

Pakai, pakai, pakai… pakai dan buang.

Lagipun orang cakap, lelaki bermisai ini agak romantik orangnya (misai nipis, bukan misai tebal), lelaki berjanggut pula nampak alim (sejuk mata memandang)

Itu orang cakap, bukan Bro yang cakap.

Sejak menggunakan Philips Aqua Touch boleh dikatakan muka Bro menjadi bahan experiment kepada isteri Bro. Dia suka sangat bab-bab macam ini.

Penat berlari sana sini untuk mengelak dari menjadi mangsa dia. Bila Bro tak larat, Bro biarkan dia mencukur bulu-bulu yang dia kurang berkenan pada muka Bro.

Sampaikan Bro tengah tidur pun sempat dia shave (nantikan videonya)

Paling penting, masa Bro yang terluang dapat diisikan dengan membaca buku bercukur sama ada waktu tersekat dalam kesesakan lalu lintas ataupun waktu termenung di balkoni.

Dan mungkin waktu Bro tak dengar dia membebel. Philips Aqua Touch tidak mengeluaran bunyi yang memberi kesan kepada pendengaran anda ketika digunakan. Berbanding dengan bebelan yang mampu menyakitkan telingga.

Begitulah kehidupan sebagai suami isteri.

Ini gambar Bro sewaktu menemubual pemenang MasterChef Malaysia musim ke-2 : Izyan. Nantikan video eksklusif temubual ini.

Nampak tak keserabutan pada muka Bro? Ini kes tak sempat nak trim sebelum pergi cover event masterchef.

Bicara Bro : Ada yang bertanya, kenapa Bro dok tayang pencukur elektrik Philips Aqua Touch dan bukan pencukur yang Bro selalu pakai.

Jika anda baca betul-betul apa yang bro tulis, pasti korang boleh agak apa yang dah terjadi pada pencukur yang selalu Bro pakai sebelum ini.

Bro memerlukan vote dari anda. Sehari boleh vote sekali untuk pencarian

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Pertama Kali Menggunakan Pencukur Elektrik

  1. isteri mana yang tak nak tengok suaminya ensem… walau tak ensem kat mata orang lain, kat mana isteri pasti si suami yang terbaik di dunia dan akhirat :)

    VOTE :P

Leave a Reply to wazy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *