April 19, 2024

Perlu Ke Doa Kehancuran Sesama Umat Islam?

Perlu ke mendoakan kehancuran sesama umat islam kerana berbeza fahaman politik?

Umat islam mendoakan yang tidak baik berlaku kepada mereka yang beragama islam kerana politik duniawi?

Siap ada yang menyatakan mereka murtad?

Benda ini menjadi isu dan dibahaskan, setiap pendapat mufti setiap dijadikan rujukkan.

Back to basic, jangan pening-peningkan kepala. Kita ikut apa yang nabi kita, Rasullah SAW lakukan bila beliau dizalimi.

Boleh ke doa untuk kehancuran umat?

Jawapan ustaz UIB : Orang kafir buat zalim dekat Nabi pun Nabi doa hidayat , bukan doakan kehancuran. Kita orang Islam lagilah tak boleh doakan kehancuran, tapi kena doa supaya Allah bagi hidayat.

Nampak tak perbezaannya.

Sunah nabi yang lain sanggup ikut (terutama nak berpoligami) bila masuk bab ini, mula nak berbahas dan mencari salah orang lain.

Ok, itu je tazkirah hari ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Perlu Ke Doa Kehancuran Sesama Umat Islam?

  1. satu puak kata, doakan kehancuran sesama umat islam tak baik…

    satu puak lagi kata, kita doakan kehancuran kerana sikap kezaliman yang dilakukan ke atas puak mereka…

    masing2 ada hujah, kene tengok dua2 belah…mesti ada reason mereka…

  2. selalu mmg mcm ni bro.
    time kita baca dalam paper..tentang penjenayahan yg melakukan kesalahan (buang anak,bunuh ke),,kita terus menghukum dan mendoakan agar penjenayah mendapat balasan.

    tapi berapa ramai di kalangan kita yg mendoakan agar penjenayah itu diampunkan dan mendoakan mendapat petunjuk hidayah.

  3. Baru-baru ni saya ada baca tentang doakan kehancuran ni. Sebenarnya kena tengok keadaan juga tapi sebaiknya doakan la diberikan hidayah. Kalau ikut artikel ustaz yang saya baca tu, memang tak dapat elak juga kita doakan kehancuran jika kita betul teraniaya. Contohnya sewaktu keluarga kita tengah di rompak, keluarga dan anak-anak di bunuh dan di rogol di depan mata. Kita yang terikat, tak berdaya tiada kekuatan, sudah mencuba sebaik mungkin, hanya satu yang kita dapat buat. Berdoa.

    Saya jumpa balik sudah link artikel tu.

    http://www.ustaznoramin.com/2012/11/boleh-atau-tidak-doa-bala-kepada-orang.html

Leave a Reply to David Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *