March 29, 2024

Perkahwinan Bukan Satu Permainan

Perkahwinan bukannya satu permainan.

Perlu sentiasa bermain tarik tali. Bermain dengan permainan “Yes” “No” or “Maybe”. Permainan “Hide and Seek”.

Walaupun ada yang berkata, dalam perhubungan pasti ada pasang surutnya. Dan kadangkala dilanda Tsunami.

Di situ, hati mudah goyah. Adakah dia jodohku. Dengan apa yang dia/aku lakukan, mampukah hubungan ini bertahan sehingga keakhir hayat?

Ataupun hubungan yang terjalin hanya untuk mengisi kekosongan dalam jiwa.

Maka jangan anda ungkapkan istilah nak berkahwin dengan pasangan anda walaupun anda sendiri bajet lagi 5-6 tahun lagi baru nak berkahwin.

Dalam waktu 5-6 tahun itu akan menjadi tempoh berharap pada mereka. Walaupun pada akhirnya anda juga memungkiri janji.

Bicara Bro : Lelaki kahwin lambat xde hal. Perempuan kahwin lambat, orang akan mengata. Baik tutup aibnya dengan mengahwininya. Supaya orang lain tak mengata.

Tazkirah hari ini :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Perkahwinan Bukan Satu Permainan

  1. lelaki sila kumpul duit cepat2 utk pinang si dia. gadget iphone 5 tak beli pun takpe. kahwin dulu. dapat elak buat dosa dan byk lagi faedah dan kebaikan dalam perkahwinan ni. lepas dh kahwin nak habis duit untuk iphone 10 pun takpe.

    takpun suruh bini jadi ‘iphone’.. sentuh2, belai2 ‘iphone’ tu.. hee

    1. Bini boleh jailbreak x? buat iCloud untuk backup or main angry birds.

      iPhone hanya keinginan.

      isteri pulak keperluan dalam melengkapkan hidup ini. Yang penting, ada sijil halal.

  2. assalamualaikum bro…betul tu kalau dah ada kemampuan eloklah disegerakan kerana dgn cara itu dpt mengelakkan semua perkara yg kurang elok…

    bila sudah melalui fasa perkahwinan itu pasti sudah ada matlamat yang perlu dalam kehidupan kita ini oleh itu cekal dan tempuhilah semua masalah yg dtg bersama2 yer…:)

  3. kalau kita suka sama suka, terus ikat dengan ikatan perkahwinan. tentang perbelanjaan, insha-Allah ada jalannya. bawa berbincang kedua-dua keluarga, buat majlis yang sederhana.

    ingat! perkahwinan adalah ibadah & sunnah Rasulullah S.A.W. pahala berganda bagi mereka yang berkahwin.

  4. selamat penganti baru
    *sempat lg kan? hehe

    kalau tak mampu nak kawin pun, tetap boleh kawin sbb FD dengar ada nikah khitbah. hehe :D

    1. Nak post hadiah pun masih sempat lagi FD…

      utamakan yang wajib. Nikah itu wajib diutamakan bagi menghalalkan satu perhubungan.

      Majlis perkahwinan itu elok dipermudahkan dari membebankannya

Leave a Reply to relevan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *