You are here
Home > Iklan > Advertorial > Panduan Bercukur Menggunakan Philips Aqua Touch

17,443,291 total views, 2,502 views today

Panduan Bercukur Menggunakan Philips Aqua Touch


Tip dan panduan bercukur menggunakan pencukur elektrik Philips Aqua Touch.

Tip ini dikongsikan supaya anda tidak memandang remeh rutin bercukur anda. Penampilan anda perlu dijaga supaya anda sentiasa nampak muda dan macho dipandang.

Apa yang anda perlu buat ketika bercukur?

Pastikan Bahagian Yang Ingin Dicukur

Kalau rasa muka anda jenis jambu dimana janggut atau misai tiada. Tak perlu rasanya nak bercukur kecuali jika anda ingin mencukur bulu anda dibahagian lain. Anda boleh simpan janggut, jambang mahupun misai sekiranya anda ingin bergaya dengannya selepas bercukur.

Bersihkan Bahagian Yang Ingin Dicukur

Sebelum anda mula bercukur, anda perlu mencuci dan membuang segala kekotoran dan daki di bahagian muka. Begitu juga bagi mereka yang kulitnya berminyak. Ianya akan membuang semua kotoran dan melicinkan muka anda sekaligus memudahkan anda bercukur. Sekiranya anda ingin membuka liang pori-pori dan melembutkan rerambut, lapkan muka dengan tuala yang direndam dalam air panas.

Gunakan Bahan Pelembap

Sebelum mulakan cukuran, anda boleh sapukan pada bahagian yang ingin dicukur dengan bahan pelembap. Ianya bukan setakat menjadi pelembap bahkan dapat membersihkan muka anda. Ia akan menanggalkan segala saki-baki kotoran degil dan melembutkan bulu atau rambut yang hendak dicukur.

Gunakan Cermin

Pastikan anda menggunakan cermin sewaktu bercukur supaya anda nampak bahagian yang cukurannya tidak kemas. Anda juga boleh lihat bahagian mana yang belum dicukur dan bagi mengelakkan anda tersalah cukur tempat yang tidak sepatutnya.

Pemilihan Pisau Pencukur

Gunakan pisau cukur yang mempunyai mata berlapis. Selain mudah, ia juga lebih menjimatkan berbanding menggunakan pisau cukur bermata tunggal. Dengan kemajuan teknologi, Philips Aqua Touch direka khas untuk memudahkan anda bercukur. Pencukuran akan menjadi lebih lancar kerana setiap lengkung tubuh dapat dicapai olehnya.

Periksa Keadaan Pisau Pencukur

Sebelum memulakan pencukuran, elok jika anda periksa keadaan pisau pencukur anda. Jika anda menggunakan pisau pencukur biasa, pastikan matanya tidak berkarat. Sekiranya anda menggunakan pisau pencukur elektrik pastikan mata pisaunya berfungsi dengan baik, bagi mengelakkan ianya tersangkut sewaktu digunakan. Pastikan juga ianya masih ada bateri, jika tidak anda perlu charge untuk menggunakannya.

Cukur Ketika Kulit Kering

Jangan bercukur dalam keadaan kulit yang kering. Kulit yang kering dan kasar akan menyebabkan cukuran anda berisiko mendapat luka. Anda boleh memilih pelembap jenis krim atau buih. Tetapi dengan Philips Aqua Touch ianya boleh digunakan untuk kulit yang lembap atau kering tanpa memberi risiko kepada anda.

Bilas Pisau Cukur Anda

Selepas bercukur, bilaskan pisau cukur anda menggunakan air paip yang mengalir. Ianya dapat menanggalkan segala bulu atau rambut yang terdapat pada mata pisau. Kemudian letakkannya ditempat yang kering. Jangan pula anda membuang atau merendam pencukur Philips Aqua Touch dalam tempoh masa yang lama selepas digunakan.

Tertib Mencukur

Sekiranya anda ingin mencukur di bahagian muka hendaklah dimulakan di bahagian bauk (sideburn) kemudian diikuti janggut atau misai. Sekiranya anda mencukur janggut atau jambang, anda perlu mulakan dari bahagian leher, Bermula dari bahagian bawah terus ke bawah bibir. Anda hendaklah bercukur dalam keadaan santai. Jangan sesekali bercukur sambil memandu di jalan raya kerana ianya boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Selepas Selesai Bercukur

Bersihkan muka menggunakan tuala yang bersih. Jangan sesekali menggunakan tuala yang anda telah guna. Ini kerana ketika ini kulit muka anda cukup sensitif. Anda hendaklah membiarkan kulit muka anda dalam keadaan rehat dengan mengeringkannya. Cara ini dapat menutup kembali liang pori-pori kulit.

Terluka

Sekiranya anda terluka sewaktu mencukur, anda perlu berhenti mencukur. Bersihkan luka itu dengan tisu terlebih dahulu sebelum kembali bercukur. Rasanya dengan pencukur Philips Aqua Touch anda tidak mudah terluka kecuali terkena pada jerawat anda.

Diharapkan anda boleh guna pakai tip ini walaupun anda tidak bercukur menggunakan pencukur Philips Aqua Touch.

Dalam masa yang sama, anda boleh mengundi Bro untuk pencarian Lelaki Moden Philips Aqua Touch dengan klik button “Thumb up” dibawah. Jasa anda amat Bro hargai.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Panduan Bercukur Menggunakan Philips Aqua Touch

Leave a Reply

Top