You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Kes Kamera AES Ditutup Dengan Plastik

17,453,476 total views, 5,945 views today

Kes Kamera AES Ditutup Dengan Plastik

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang seperti dilaporkan baru-baru ini.

Tetapi sebaliknya mahu dua syarikat penyedia dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi itu sendiri menutupnya.

Paling malang,

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menutup kamera AES ini tanpa arahan dari pihak berkuasa mahupun pihak kerajaan negeri.

Sensor kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) ditutup dengan plastik.

– Foto Bernama –

Bro tertarik dengan pendapat seorang kenalan di facebook.

Setiap 20km AES dipasangkan di lebuhraya.

Jika pemandu di rakam lebih dari 3 AES pada hari yg sama barulah saman dikeluarkan. Ini menunjukkan pemandu tersebut sememangnya memandu laju dan dia layak menerima saman.

Cara begini membuatkan pemandu sentiasa berhati-hati.

Bicara Bro : Bro baru temui 3 lokasi kamera AES. Tiap kali lalu, Bro memang pelahankan kereta semata-mata nak tengok flash dari kamera itu.

Nampak macam jakun.

Dan bro perhatikan pada lokasi kamera tersebut dipasang macam bukan kawasan yang berisiko tinggi untuk kemalangan.

Siapa tahukan Qada’ & Qadar Allah swt.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Kes Kamera AES Ditutup Dengan Plastik

  1. Kesalahan serius dan boleh didakwa kalau ditangkap. Saya dapat merasa kena flash AES apabila menumpang kereta kawan yang sememang dipandu laju. Tiada apa yang boleh dilakukan selain memberikan pose estimewa

  2. assalamualaikum bro…mcm ni pun ada kan…terlampau rajin nak tutup kamera tu…hehhehe wat lawak jer siapa yg wat mcmni…;)

Leave a Reply

Top