April 19, 2024

Izyan – Juara Masterchef Malaysia Musim Ke-2

Akhirnya, keputusan telah diumumkan.

Gelaran Juara Masterchef malaysia Musim Ke-2 telah disandang oleh Izyan yang telah berjaya menewaskan pencabar terdekat beliau iaitu Ah Hong dan Along.

Tahniah Bro ucapkan kepada beliau.

Pada pentas akhir Citarasa Juara, hidangan mereka telah dinilai oleh 15 chef professional terdiri daripada Dato’ Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Zaishahrizal Zamani, Pakar dan Perunding Makanan Prof. Madya Dr Shahrim Karimady dan ramai lagi.

Mereka bertiga berhadapan dengan cabaran untuk menyediakan satu hidangan utama dan satu hidangan pemanis mulut.

Izyan telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi dan hadiah peralatan memasak tajaan Panasonic Malaysia bernilai RM 10,000.

Nantikan video temubual eksklusif Broframestone bersama Izyan khas untuk pembaca blog ini.

Bicara Bro : Terima kasih kepada pihak Astro kerana sudi menjemput Bro ke pentas akhir Citarasa Juara Masterchef Musim Ke-2.

Malangnya muka Bro tidak masuk tv, sedangkan bro duduk dimeja hadapan. Mungkin bro salah pilih kerusi kot.

Tak sangka, ramai pula yang tercari-cari wajah bro dalam TV malam tadi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Izyan – Juara Masterchef Malaysia Musim Ke-2

Leave a Reply to maszull Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *