You are here
Home > Bersama BroFramestone > Tiffin Biru Milik Che Mat Gebu

17,439,642 total views, 3,497 views today

Tiffin Biru Milik Che Mat Gebu


Ini rupanya Tiffin Biru yang selama ini berpuaka dialam maya.

Mungkin ada rakan-rakan blogger yang tidak mengenali blog Tiffin Biru dan mungkin ada yang tidak mengenali pemiliknya iaitu Che mat Gebu.

Blog yang penuh dengan resepi masakan.

Bukan copy paste punya resepi. Dan bro bertuah dapat merasa masakan beliau sewaktu bertandang di teratak beliau di Sedenak, Johor.

Che Mat Gebu tiada la gebu mana, berisi lebih kurang macam bro (mungkin lebih sikit)

Bro mengenali beliau sejak tahun 2007, dan kami selalu berbalas pantun waktu itu. Tapi siapa la bro jika nak dibandingkan dengan beliau.

Blog yang berbelas ribu sehari pelawatnya.

Masuk majalah itu ini. Interview sana sini ditawarkan kepada ownernya.

Malangnya, beliau lebih rela Tiffin Biru ini mewakili dirinya berbanding mukanya sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Tiffin Biru ini merupakan salah satu khazanah yang dijadikan koleksi berharga dalam rumahnya.

Rambang mata juga bro dibuatnya, sambil belek-belek secara berhati-hati. Risau pecah, mahu beribu kena ganti.

Apa-apa pun terima kasih kepada Che Mat Gebu kerana sudi menerima kehadiran bro bersama pasangan dan sudi memasak hidangan istimewa buat kami berdua.

Siap buat entry khas buat kami :- Terima Kasih kepada bakal Raja Sehari

Bicara Bro : Cadang nak singah sejam dua boleh terlajak menjadi 4 jam lebih. Sungguh ramah keluarga beliau. Lain kali datang nak bawa baju + tilam sendiri la.

Boleh bertapa terus dekat sana.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

52 thoughts on “Tiffin Biru Milik Che Mat Gebu

    1. Memang terindu… terindu masakan dia…

      Silapnya makan dalam rumah.

      Kalau makan dekat luar (berkelah) nak je mintak dia tapau dalam tiffin biru die tue… sure lagi nikmat nak makan

  1. Bestnya Bro dapat merasa sendiri masakan mat Gebu.. Saya antara pengunjung blog beliau.. Melihat masakan demi masakan sedap yang beliau sajikan.. Tapi tak pernah lagi merasa masakan beliau…

    Lain kali kalau Bro nak pergi rumah mat Gebu, roger2 lah saya.. Boleh saya tumpang sekaki.. hehehe..

  2. Aik, macam practice bersanding dah tu bro… Tengah darah manis nie. Adik akak bersanding tulat nie. Jangan lupa datang yer..akak tampal map kat blog dah. Oh yer, CMG terperanjat tak bro sampai?

    1. CMG tak terperanjat sebab dah bagitau awal. Itu yang dia boleh masak-masak tue…

      selamat pengantin baru buat adik akak ek..

      Eh… CMG ckp port itu berpuaka. siapa yang datang ke pondok dia wajib bergambar dekat situ

  3. assalamualaikum bro…seronoknya dpt makan hasil tangan cik mat gebu dah pasti ianya istimewa utk bakal pengantin baru…:)

  4. blog Che Mat Gebu salah satu blog kegemaran orang rumah saya. Hingga ke hari ini saya benar-benar kagum dengan passion beliau yang sungguh mendalam terhadap masakan.

  5. mat gebu, djchef tgok resepi2 nya djchef agak pening nak try sbb byk bhn2 yg digunakan yg djchef xpernah guna utk msakan tu tetapi mat gebu msukkan dr situ djchef tahu mat gebu punya masakan pasti sedap sbb beliau msukkn bhn yg org len jrg msukkan.

  6. slalu gak masuk blog mat gebu cari resepi hihi tertanya-tanya macam mana rupa dia.. sepupu oshin pun tanya macam mana orangnya… hehe ramai peminat mat gebu ni kan 😀

Leave a Reply

Top