March 29, 2024

Teknik Mengular Waktu Kerja Tanpa Dikesan Oleh Majikan

Kebanyakan orang kurang bersemangat untuk bekerja pada hari Isnin dan Jumaat.

Isnin, mungkin kerana ianya permulaan pada setiap minggu. Sehingga tercetusnya Monday Blues.

Jumaat pula, mungkin kerana ianya merupakan hari terakhir untuk bekerja. Dalam kepala, hanya terfikir aktiviti yang perlu dibuat pada hari minggu nanti.

Waktu begini selalunya motivasi kerja memang akan merundum.

Bila sudah merundum, mulalah rasa nak mengular (ponteng kerja tanpa diketahui oleh majikan – malas buat kerja secara terang-terang).

Ada yang mengular dengan :-

  • Buka facebook senyap-senyap, kerja dijadikan cover jenayah (sedangkan kerja tak usik langsung)
  • Lepak toilet berulang kali (bro pernah buat)
  • Lepak dekat pantry, sambil mengumpat (bro tak pernah buat)
  • Tidur bawah meja
  • Tidur dalam toilet (bro pernah buat)
  • Keluar untuk breakfast @ minum petang dalam tempoh masa yang lama.

Ini cuma beberapa contoh mengular yang sempat bro kongsikan. Jika anda ingin kongsikan bersama teknik mengular anda. Bro amat hargai.

Dan disini, bro ingin kongsikan teknik mengular yang mungkin berjaya mengaburi perhatian majikan anda.

Itupun jika anda berkerja dikelilingi oleh kotak-kotak.

Bicara bro : Dulu masa zaman makan gaji, kenkadang ada juga masa bro mengular.

Tapi sejak tak makan gaji ini. Setiap masa yang bro ada, bro lebih hargainya. Baru sesuai dengan term “Masa itu Emas”

Eh, sekarang harga emas berapa ek?

kreditSisi Gelap

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

38 thoughts on “Teknik Mengular Waktu Kerja Tanpa Dikesan Oleh Majikan

  1. hahah….nak share gak….paling ske klu org suruh indent barang….saya org fest akan offer diri….sambil indent tu g melepak kat cafe yg agak jauh supaya org ta nmpak….kehkeh…pastu bile tnye nape lambat? ckp la sesat…kikiki….[tp alasan ni taleyhh pakai lame >.<] terpaksa reka lain plak….ahahah

    1. haha…opis ni nak ikut opis oil n gas lain..client banyak half day..so ikut half day jugak…

      haha…duduk atas toilet bowl..pastu park kepala kat tangki flush…lena…kekekeke

  2. heheeee….bukak FB curik2 selalu.kadang2 open je…. :)
    keluar lama2 time bekfes or minum petang x penah.time lunch penah lerrrr……. :P
    eeeuuuwww,tido dlm toilet ? baik kat surau… :)

    1. haha..bro nk minta email boleh??nk minta pendapat bro pasal masalah hidup ni..itupun klau bro sudi nk dgr..
      :(

  3. hehe djchef dulu kje hotel bhagian banquet event. kalau ada apa2 event malam tu tgok pkerja mcm ckup je wktu tu la mgulor p tido kt toilet. wktu mcm ni big boss akn buzy xtentu arah smpai xtahu staff2 len mgulor.

  4. Bila kerja sendiri…tak kerja tak de duit. Dah jadi bos sendiri baru tahu macam mana bos dok fikir nak cari duit bayar gaji pekerja…ahahaaa…

  5. kalau bukak facebook tu x yah mengulor.. sambil jwb call terus lah bukak fb.. Customer kan selalunya bg infomation x complete..sementara nak tunggu diorang g cari info.. bukak lah fb dulu.. hehehe :)

Leave a Reply to Cahaya Hidup Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *