Kebanyakan orang kurang bersemangat untuk bekerja pada hari Isnin dan Jumaat.

Isnin, mungkin kerana ianya permulaan pada setiap minggu. Sehingga tercetusnya Monday Blues.

Jumaat pula, mungkin kerana ianya merupakan hari terakhir untuk bekerja. Dalam kepala, hanya terfikir aktiviti yang perlu dibuat pada hari minggu nanti.

Waktu begini selalunya motivasi kerja memang akan merundum.

Bila sudah merundum, mulalah rasa nak mengular (ponteng kerja tanpa diketahui oleh majikan – malas buat kerja secara terang-terang).

Ada yang mengular dengan :-

  • Buka facebook senyap-senyap, kerja dijadikan cover jenayah (sedangkan kerja tak usik langsung)
  • Lepak toilet berulang kali (bro pernah buat)
  • Lepak dekat pantry, sambil mengumpat (bro tak pernah buat)
  • Tidur bawah meja
  • Tidur dalam toilet (bro pernah buat)
  • Keluar untuk breakfast @ minum petang dalam tempoh masa yang lama.

Ini cuma beberapa contoh mengular yang sempat bro kongsikan. Jika anda ingin kongsikan bersama teknik mengular anda. Bro amat hargai.

Dan disini, bro ingin kongsikan teknik mengular yang mungkin berjaya mengaburi perhatian majikan anda.

Itupun jika anda berkerja dikelilingi oleh kotak-kotak.

Bicara bro : Dulu masa zaman makan gaji, kenkadang ada juga masa bro mengular.

Tapi sejak tak makan gaji ini. Setiap masa yang bro ada, bro lebih hargainya. Baru sesuai dengan term “Masa itu Emas”

Eh, sekarang harga emas berapa ek?

kreditSisi Gelap