April 25, 2024

Teater Kotak Hitam – Paradok Production #KotakHitam

Teater Kotak Hitam.

Salah satu teater dalam list wajib bro tonton tahun ini terbitan Paradok Production dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka

Teater arahan pengarah muda, Fasyali Fadzly akan dipentaskan pada 15 – 18 November 2012 bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sinopsis Kotak Hitam

Kotak Hitam mengisahkan seorang lelaki yang hidup sendirian bernama Mamat yang begitu obses dengan televisyen. Dia tidak mempunyai rakan melainkan televisyen yang sentiasa memberikannya hiburan.

Pada suatu hari, dia mendapati sesuatu yang ganjil berlaku pada televisyennya. Seseorang dari dalam televisyen mula berinteraksi dengan Mamat dan membuatkan Mamat berasa hairan.

Lama-kelamaan, Mamat mula berasa selesa dengan seseorang dari dalam televisyen dan menjadikannya sebagai sahabat karib. Mamat menjadi semakin intim dan tidak boleh hidup tanpa televisyen yang ajaib itu. Sehingga pada satu kejadian, Mamat dihantui satu mimpi dan menyebabkan hubungan mereka terjejas.

Apakah mimpi buruk itu? Apakah yang terjadi pada hubungan Mamat dan peti televisyen ajaib itu? Mampukah Mamat hidup tanpa peti televisyen?

Kontroversi Kotak Hitam

Teater Kotak Hitam pernah dipentaskan pada tahun lalu pada bulan Julai.

Walaubagaimanapun, pementasan tersebut gagal dihadiri penonton yang ramai berikutan demonstrasi Bersih 2.0 yang membuatkan Kuala Lumpur lumpuh dan penonton teater tidak keluar rumah dan gagal hadir ke pementasan tersebut.

Berikutan sambutan yang kurang memberangsangkan pada pementasan yang lalu, Kotak Hitam dipentaskan sekali lagi di atas permintaan khalayak teater yang meminati hasil karya Fasyali Fadzly.

Pas masuk berharga RM25 boleh didapati pada hari persembahan. Untuk tempahan, sila hubungi Fazleena di talian 012 – 661 9386.

Maklumat lanjut boleh layari http://www.fasyalifadzly.com/p/kotak-hitam.html ataupun di Facebook carian Teater Kotak Hitam dan Twitter #KotakHitam.

Bicara Bro : Nantikan review penuh teater ini dari Bro.

Bro tak pernah terlepas karya mereka yang mampu membuat penonton seperti berada dalam situasi yang mereka pentaskan.

Terbaik buat rakan bro, Aloy Paradoks.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Teater Kotak Hitam – Paradok Production #KotakHitam

Leave a Reply to Dkna Abza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *