You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Tanah Kubur : Saka Tidak Diwariskan Kepada Keturunan

17,457,883 total views, 1,050 views today

Tanah Kubur : Saka Tidak Diwariskan Kepada Keturunan

Tanah kubur minggu ini mengetengahkan isu saka yang diwariskan oleh arwah si mati kepada anaknya.

Sebelum kematian ayahnya, Hussin perkara ini merunsingkan si anak. Takut Saka yang akan diwariskan kepada beliau memberi kesan kepada dirinya dan masyarakat sekeliling.

Beliau berjumpa dengan Tok Adi untuk memohonnya membuangkan Saka yang terdapat pada bapanya.

Saka ini menyebabkan bapanya meracau-racau dan susah nak hembuskan nafasnya. Sedangkan bapanya sudah mati dan jazadnya rupanya dikawal oleh sakanya.

Sewaktu jasad tuannya hendak dibawa ke tanah kubur. Sakanya masih berlegar disekeliling rumah sambil memerhati jenazah tuannya.

Sewaktu sampai ke tanah kubur, jenazah menjadi berat dan menyebabkan kerandanya terjatuh.

Keranda beliau bergegarkan dan jasadnya mengeluarkan bau yang amat busuk sekali.

Sewaktu hidupnya,

Beliau menggunakan saka untuk membuatkan kerja untuknya dimana tanamannya berhasil, perniagaan menjadi. Semuanya untuk hidup senang dan kaya dengan wang ringgit.

Info pengenai Saka

Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;

Berlaku secara terus
: Orang yang mempunyai saka itu dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu.

Waris yang terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.

Berlaku menurut kehendak : Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Tanah Kubur : Saka Tidak Diwariskan Kepada Keturunan

    1. Ramai yang ada saka harimau sebab untuk jaga kebun dan kawasan rumah sekiranya mereka tiada.

      Saka yang lebih setia

      Dan saka ini mampu melindui keluarga dari orang yang berniat jahat

    1. Memang ada saka yang menyerupai kita.

      Jika anda mempunyai saka, jangan benarkan dia menjaga isteri kita sepanjang ketiadaan kita.

      Tak pasal-pasal dia yang bagi nafkah dekat isteri nanti

    1. Macamana ya kita boleh percaya benda2 mcm ni?Sesat sampai mati kerana benda tahyul tu,dah jadi bukan hidup dan mati ku hanya kerana Allah Ta’ala?Rentikanla utk terus memperbodohkan org melayu yg mmg dah hampir layu ni…

Leave a Reply

Top