You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Review Twilight Breaking Dawn – Part 2

17,432,373 total views, 38 views today

Review Twilight Breaking Dawn – Part 2

image

Baru sahaja selesai menonton Filem Twilight Breaking Dawn – Part 2 pada hari pertama tayangan di Malaysia.

Ini bahagian terakhir untuk trilogi Twilight.

Kalau ikutkan bro dapat menonton filem ini awal bersama rakan-rakan blogger sempena private screening, tetapi keadaan Bro tidak mengizinkan.

Tak kisah, asalkan bro dapat menonton bersama isteri tersayang. Walaupun kenyataannya bro tak pernah tonton filemnya yang sebelum ini. (dipawagam ek)

Cuma perasaan nak menontonnya memuncak sewaktu lunch dimana rakan-rakan Bro dok cakap pasal filem ini.

Starting filem ini agak membosankan.

Agak kurang konflik berbanding dengan filem-filemnya terdahulu. Boleh dikatakan hampir semua watak membawa watak yang baik. Orang jahat pun nampak baik.

Aksi terlampau walaupun ada yang dipotong agak kurang jelas kepontianakkan mereka. Mungkin katil yang digunakan agak kukuh kot.

Dihiasi dengan lawak dan ayat-ayat sinis yang ditujukan kepada pengantin baru.

Paling best, watak Bella merupakan watak pontianak yang paling kuat antara pontianak yang ada. Sedangkan sebelum ini dia memegang watak manusia.

Bangsa serigala macam tiada function kecuali watak Jacob.

Paling best, waktu part bertempur. Memang best dan menarik sangat. Rasa geram je tengok dorang patahkan leher, gigit sana sini.

Paling geram bila anda tahu pertempuran itu adalah………

Erm.. Tak nak cerita, nanti spoilkan mood korang nak tonton cerita ini.

Bicara Bro : Best gak dapat menonton Filem Twilight dengan isteri tersayang.

Malam ini terasa nak jadi pontianak macam Edward Cullen. Atenye Malam Jumaat.

Selamat malam 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Review Twilight Breaking Dawn – Part 2

Leave a Reply

Top