You are here
Home > Iklan > Pertandingan Filem Pendek Anjuran KPerak

17,443,259 total views, 2,470 views today

Pertandingan Filem Pendek Anjuran KPerak

Berita baik buat rakan-rakan yang berminat menghasilkan filem pendek.

KPerak Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan sebuah pertandingan untuk menghasilkan satu video filem pendek berdurasi tidak lebih 3 minit.

Anda hanya perlu menghasilkan sebuah video pendek bertemakan elemen berkaitan negeri Perak seperti makanan tradisi negeri Perak, lokasi menarik, tokoh atau pahlawan dari negeri Perak, tempat bersejarah di Perak atau dialek Perak.

Kalau anda anak jati Negeri Perak, jangan lepaskan perluang ini. Advantage memang milik anda, malulah kalau yang menang bukan anak jati Perak.

Jangan tau “Kite Bako” atau dialog “Hantu Kak Limah Balik Rumah” je

Terdapat 2 kategori dalam pertandingan ini;

  1. Peringkat Kebangsaan (Terbuka kepada Semua)
  2. Peringkat Sekolah Menengah Negeri Perak (Terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Perak)

Untuk maklumat lanjut daan seamsa mengenai pertandingan ini, sila ke kperak.com.my.

Best pula layan iklan KPerak untuk pertandingan ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Pertandingan Filem Pendek Anjuran KPerak

Leave a Reply

Top