Bak kata saudara Denaihati – “Jangan Amik Mudah”

Tetapi ada beberapa blogger mengambil mudah dengan peluang yang telah diberikan kepada mereka.

Sedangkan ramai lagi blogger diluar sana menantikan peluang seperti ini. Bukan senang nak dapat peluang untuk dijemput menghadiri event, movie screening, product review & juga advertorial (post berbayar).

Mungkin benda ini susah nak terjadi kepada blogger yang memandang serius benda ini, terutamanya melibatkan kreability mereka sebagai seorang blogger, reputasi dia sebagai blogger contoh ataupun mereka yang betul2 menjana pendapatan dari blog (beratus mahupun beribu sebulan)

Dari pengalaman dan asam garam mereka selama ini menyebabkan mereka masih lagi berada diatas.

Tidak goyah ataupun berhenti dari menulis blog. Tidak terlintas dihati mereka untuk menutup blog mereka. Dan mereka tetap terus berblog walaupun ada blogger yang anti pada mereka.

Perlu ke anti?

Mungkin ada sesetengah blogger yang tahu pasal ini. Bro merupakan salah seorang dari beberapa blogger yang rajin share projek sesama blogger.

Bukan jenis makan sensorang.

Ada sesetengahnya berbayar dan ada sesetengahnya tidak berbayar.

Ada sesetengahnya cepat dibayar dan ada sesetengahnya lambat dibayar.

Ada blogger yang cepat mengambil peluang ini dan ada yang tidak berminat (ini hak masing-masing : tiada masalah punya)

Cuma agak terkilan pada sesetengah blogger yang pada mulanya berminat dengan projek yang bro bagi. Detail dan tips bantuan turut bro sertakan sekali.

Bila sampai masanya projek itu berjalan (kita amik contoh sponsor post – advertorial berbayar)

Dah berhari-hari projek itu sepatutnya bermula. Tetapi, tiada satu pun dibuat oleh mereka (macam tiada respon). Spotcheck demi spotcheck bro buat (bagi masa) tetapi tetap tiada apa-apa perkembangan.

Bila dihubungi, mereka menjawab, “maaf bro, tak faham la dengan projek ini”

Eh….!!!

Susah sangat ke bila tak faham, terus bertanya. Tak perlu nak mendiamkan diri berhari-hari.

Ish…23x Mungkin susah kot bagi mereka untuk bertanya pada Bro. Fb + twitter + email + no phone bro berikan untuk mereka berhubung dengan bro.

Ke korang ini jenis yang susah nak bertanya.

Kalau korang dari kecik rajin bertanya, entah-entah sekarang ini korang sudah jadi doktor ke, peguam ke, CEO mahupun Angkasawan.

Tak pun jadi blogger yang mempunyai banyak cerita untuk dikongsikan (bukan blogger copy paste) he..23x

Nampak macam tegas dan keras amaran yang bro berikan. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Untuk kesedaran bersama juga. Tak nak la sebab ada blogger seorang buat macam ini, yang lain kena tempiasnya.

Bro tak nak ada orang pandang rendah blogger. Walaupun diri bro tiadalah tinggi mana.

Bicara Bro : Bro boleh bantu korang, tetapi korang kena bantu diri korang.

Kalau tidak, korang tak akan kemana.

Seronok pula tengok gambar blogger bergambar beramai-ramai, lepas itu tempek dekat blog. Hope tiada la yang tinggalkan komen dengan perkataan “untunglah”