You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Kebaikan Mendengar Zikir Terapi Diri Sewaktu Memandu

17,414,436 total views, 2,831 views today

Kebaikan Mendengar Zikir Terapi Diri Sewaktu Memandu

Sudahkah anda memiliki album Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidun?

Jika belum, dapatkannya sekarang. Sekurang-kurangnya dengan alunan zikir ini dapat memberi ketenangan dan terapi kepada diri sendiri.

Lagi-lagi bila terdedah dengan tekanan tempat kerja, tekanan kehidupan dan tekanan kewangan mampu membuat kita menjadi stress.

Paling stress bila tertekan dalam kesesakan lalu lintas.

Asal buka radio, cuma kedengaran info trafik yang lebih kurang sama setiap hari. Seperti guna skrip yang sama setiap hari.

Bila dengar lagu yang tak kena dengan jiwa, lagi menambahkan stress yang sedia ada.

Mungkin dengan memasang cd Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidun mampu buat anda menjadi tenang.

Disini bro nak kongsikan cerita yang bro copy paste dari laman facebook seorang kenalan.

Tengah laju drive, tiba-tiba ada roadblock. Dengan pantas buka tingkap.

Sampai giliran, terus kena suruh parking tepi jalan. Waktu itu lagu Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidon tengah dimainkan.

Polis datang, “Minta IC & lesen Cik. No plate awak ni salah ni. Awak tengok tu (sambil tunjuk kereta yang lepas), itu no plate asli yang sepatutnya”.

“Oh ye ke?”, jawab aku sambil kuatkan sikit volume Zikir Terapi Diri.

“Pernah kena saman tak sebelum ni sebab no plate ni?”, Tanya pakcik polis. “Tak pernah lagi Encik. Ini first time polis tahan sebab no plate”.

“Ok, ini first warning tau. Ambil lesen dan IC ni balik. Ok, jalan”.

“Terima kasih abe polis”. ?

Bicara Bro : Siapakah rakan facebook itu? Biarkan rahsia. Bro dah minta izin dan ubah sikit untuk kesesuaian pembaca blog ini.

Rasanya dah lama tak lepak dengan Hafiz Hamidun, sekarang dia bz. Kalau tidak, selalu dapat panggilan ajak mengeteh sama.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Kebaikan Mendengar Zikir Terapi Diri Sewaktu Memandu

  1. assalamualaikum bro…wah pasal plate kete pun kena tahan juga yer…mungkin sbb zikir yg bro pasang dlm kete tu kot…polis tu sejuk hati juga mendengarnya…;)

  2. Assalamualaikum,
    Setuju bro…kami ari tu lalu roadblock polis gak, tapi polis tak byk soal bila kamiturunkan cermin. Mmg tengah dengar terapi zikir hafiz hamidun

    terapi zikir tu mmg menenangkan…

Leave a Reply

Top