You are here
Home > Tip Bernas Bersama Bro Framestone > Info Kesihatan : Bekam Untuk Kesihatan

17,452,866 total views, 5,335 views today

Info Kesihatan : Bekam Untuk Kesihatan

Kurang seminggu sebelum majlis perkahwinan.

Bro berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat yang menjalankan pusat rawatan islam dirumahnya.

Tujuan bro bertemu dengannya tiada niat untuk meningkatkan tenaga batin atau seangkatan denganya.

Jangan ingat orang nak kahwin, kena fokus pada tenaga batin je.

Keadaan badan bro agak kureng sebulan dua sebelum ini akibat tekanan kerja, kurangnya waktu berehat dan sentiasa menempuh perjalana jauh (Perak – Johor) hampir setiap minggu.

Dikesempatan ini, bro menggunakan perkhidmatan bekam yang beliau sediakan.

Tetapi bro perlu menunggu sebab sewaktu bro datang, tengah ada beberapa pesakit menunggu menerima rawatan darinya.

Keluarganya juga menolong beliau selama 3 tahun beliau menceburi bidang ini.

Apakah bekam?

Ia adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia.

Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.

Bro sebenarnya seorang yang takut jarum. Tapi kalau kena toreh dengan pisau, ok je. Tak tahu kenapa dengan jarum bro macam fobia sikit.

Siap ada yang komen di facebook.

“Wah tak sangka orang takut jarum, berani untuk berbekam”

Tapi sampai bila, kita nak jadi macam ini. Sampai masanya kita perlu atasi perasaan fobia yang kita hadapi.

Setelah beberapa minit, darah bekam pada badan Bro dibersihkan.

Fuhhh…..!!!!!

Banyak juga darah kotor dan toksik keluar dari badan bro.

Kami kaum lelaki tiada keistimewaan seperti kaum perempuan. Maka kami perlu keluarkan darah kotor kami sendiri.

Bro berbekam kali ini dengan memberi fokus melancarkan pengaliran darah pada bahagian jantung, paru-baru, hati, buah pinggang dan bahagian “kelakian”.

Beliau cakap,

Badan bro agak teruk juga. Dan beliau menasihati Bro untuk menjaga pemakanan dan banyakan berehat.

Sedangkan berehat itu paling susah bro nak buat. Biasalah kita kerja cari duit sendiri. Ada kerja, baru ada duit.

Sekiranya ada rakan-rakan yang ingin berbekam.

Anda boleh turun ke Seksyen 11, Shah Alam dan hubungi saudara Syafrizal Abu Mansor di talian – 03-54803320 atau 017-6834764

Harga yang ditawarkan beliau amat memuaskan dan tidak terlalu mahal.

Beliau juga ada menyediakan rawatan akupunktur.

Bicara Bro : Bro terkejut dengan harga yang dia berikan. Berbeza dengan harga yang ditawarkan oleh sesetengah tempat.

Pada bro, nak cari rezeki yang halal tak perlu menipu pelangan. Siap berkopiah semua.

Insya’lah bro akan berbekam lagi disini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Info Kesihatan : Bekam Untuk Kesihatan

Leave a Reply

Top