You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > Haram Guna Duit Yang Bukan Milik Kita

17,448,894 total views, 1,363 views today

Haram Guna Duit Yang Bukan Milik Kita

Haram guna barang yang bukan milik kita tanpa meminta kebenaran dari empunya.

Mungkin tak ramai yang mengambil berat pasal isu remeh temah ini.

Ada kes guna ubat gigi rakan serumah, pinjam kasut member pergi dating, makan mee meggi rakan serumah. Dan semuanya tanpa pengetahuan atau keizinan dari rakan.

Apatah lagi kalau ianya adalah duit.

Duit itu pula milik kawan kita, dan kita gunakannya tanpa pengetahuan atau keizinan dari kawan kita tadi.

Tau-tau je duit dalam dompet atau seluar tiada. Belum kes, tabung bocor. Tau-tau isinya tiada.

Dulu selalulah terjadi pada bro waktu sekolah menengah dan duduk hostel.

Mungkin sebab itu kot, bila dah besar panjang ini bro suka makan megi sebab masa sekolah dulu xberani makan. Risau kena pow he..23x

Baru-baru ini, bro terjumpa duit bertaburan depan lift. Dalam jumlah yang agak banyak.

Haram nak bagi isteri dan keluarga makan. Maka, ianya diasingkan dari duit yang Bro ada. Takut terguna.

Alhamdulillah, Bro sudah masukan dalam tabung Masjid sewaktu menunaikan solat Jumaat tadi. Sekurang-kurangnya dapat dijadikan pahala kepada pemilik duit tadi.

Bicara Bro : Ada sesetengah orang akan maki-maki kalau duitnya tercicir, dan tak jumpa duitnya tercicir dimana.

Adakah empunya duit itu memaki bro?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Haram Guna Duit Yang Bukan Milik Kita

  1. Siapalah agaknya pemilik Duit tercicir tersebut..

    Nasib baiklah bro yang jumpa.. Kalau orang lain yang terjumpa belum tahu lagi nasib duit tersebut.. Semoga Bro dan pemilik Duit tersebut, sama-sama mendapat keberkatan di sisi Allah S.W.T.. 😉

    1. Bro agak, pemiliknya adalah orang yang keciciran duit itu.

      Apa-apa pun biar bersangka baik pada orang kan. Bro tak nak orang caci maki bro walaupun mereka tak kenal bro.

      Biarlah ianya bersemadi dalam tabung masjid

    1. pasal ni bergantung kepada tuan punya blog. Kalau dia kata takpe, takpe lah.. Tetapi kalau amik tanpa kebenaran, memang salah. Sebab tu saya buat statement di bawah blog saya. Ada syarat kalau nak amik entri saya.

    1. duit masuk mesin basuh boleh lagi nak guna. jangan ada nota2 penting,bil air mahu pun tisu. alamat, kotorlah baju2 apabila tisu yg bercerai dalam air

Leave a Reply

Top