You are here
Home > Bersama BroFramestone > Cabaran Dua Minggu Dari Diana Danielle

17,417,066 total views, 5,461 views today

Cabaran Dua Minggu Dari Diana Danielle

Hujung minggu ini genap 2 minggu Bro diijab kabulkan sebagai suami isteri dengan pasangan hidup Bro.

Pejam celik, pejam celik, tunggang terbalik, Perak – Johor – Perak – KL- Perak, demam etc dan 2 minggu.

Bagaimana Bro boleh tak perasan nie?

Adakah sebab bro hari-hari kerja tak kira siang malam mahupun pada hari Bro kahwin?

Semalam dapat satu mesej dari member yang juga merupakan pengantin lewat sehari dari Bro. Sembang punya sembang pasal projek.

Sekali terkeluar,

“Mu tak sambut cabaran 2 minggu dari Diana Danielle ke? Dia dua minggu kahwin dah pregnant”

He..23x Itu rezeki Farid Kamil dan Diana Danielle. Rezeki Bro siapalah yang tahu. Kami berdua lepas kahwin pun duduk asing lagi.

Jumpa pun sekali sekala, sebab tak ada selera nak makan sorang-sorang.

Sebab itu, bro sanggup turun dari Kelana Jaya ke Cheras untuk makan sama. Jangan tanya “makan” apa ek?

Cukuplah cabaran 6 packs tempoh hari bro tarik diri bila masuk minggu ke-4 sebab demam. Jangan pula cabaran ini bro pun tarik diri juga.

Bicara Bro : Rezeki ditangan Allah swt, Bro hanya mampu berusaha.

Bak kata mak Bro, “Dah settle ke?”

Bro pandang pasangan, dan cakap, “Sayang, jom masuk bilik?” he…23x

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

27 thoughts on “Cabaran Dua Minggu Dari Diana Danielle

  1. hmmm…..rezeki anak tu Allah je yg tahu… tp saya berjaya gak peknen 2 minggu lepas nikah…. hehehe….itu org tua2 kata bunting pelamin…. tp rezeki Allah je yg tahu, sy keguguran anak itu… no wories sekrg anak ada 4… ^_^

    p/s : apsal lah si artis nk wat challenge plak yer, pasal jodoh anak ajal maut ni Allah yg tentukan…. bg yg nak anak, tentu “suka berusaha” hehehehe…..

  2. teruskan berusaha bro..banyak benda lagi nak ‘disettlekan’ tu. Apa-apa pun rezeki, jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah 🙂

  3. Soal zuriat ini tidak boleh diberi tekanan kepada pasangan. Bukan untuk rekod tetapi adalah tanggungjawab perlu digalas apabila dikurniakan zuriat. Kita berusaha yang lain berserah kepada Ilahi untuk dimakbulkan.

Leave a Reply

Top