3 Idiots – Segulung Ijazah Belum Tentu Menjamin Apa-apa


Baru sahaja lepas menonton cite Hindustan – 3 idiots

Agak santai dan menghiburkan juga cerita ini. Bukan cerita kosong dan banyak pengisian.

Teringat quote dalam cerita ini.

Ijazah,

Tidak boleh menjaminkan kerja terbaik, Perempuan yang cantik sebagai isteri, gaji yang lumayan, penghormatan yang tinggi.

Tapi itulah kenyataan dalam kehidupan ini.

Bro ada Ijazah, sekadar kemas tersusun didalam fail. Tak pernah ditayangkan tiap kali ditawarkan pekerjaan.

Pendapatan?

Bro start berkerja waktu masih berlajar lagi. Duit yang bro perolehi bro guna untuk bayar kos pengajian dalam 4.2k untuk satu semester.

Bayar duit sewa rumah yang masih bro sewa since tahun 2005.

Belum kos-kos yang lain.

Penambahan? alhamdulillah…!!! Memang ada penambahan, sejak hidup tak mengharapkan makan gaji. Seperti sesetengah orang yang mengharapkan gaji hujung bulan.

Tak salah kerja kais pagi, makan kena tunggu lagi 2-3 bulan.

Yang penting, pendapatan itu halal dan berturusan. Jangan lupa, semua nikmat duniawi datang daripadaNya.

Allah SWT.

Perempuan cantik?

Bro tak pandang pada kecantikan, Bro lebih suka kepada perempuan yang mampu menyempurnakan hidup bro, keluarga yang bakal bro bina dan mendidik zuriat Bro ke anak cucu + cicit.

Kalau nak perempuan cantik.

Rasanya bro dah memang dapat. Artis lagi, cuma family kurang berkenan dan mahu bro hidup dalam kesederhanaan.

Nanti tak pasal-pasal asik masuk blog korang je cerita pasal hal rumah tangga bro.

Dan bertambah pula yang mendoakan yang bukan-bukan untuk perhubungan kami. Siapa dia, biarkan rahsia. Cukuplah sekadar keluarga sahaja mengetahuinya.

Penghormatan?

Tanpa Ijazah, bro pernah buat Menteri respek pada Bro. Ilmuan Dr. @ Prof luar negara memandang bro. Mampu duduk semeja berbahas isu politik dengan ahli politik.

Semua ini bro mampu lakukan.

Tanpa perlu memandai-mandai dengan post-post di facebook dengan beribu-ribu like mahupun komen.

Tapi semuanya dulu.

Insya’lah jika ada rezeki lebih, Bro mungkin akan sambung study.

Paling penting, Bro perlukan dapat “lesen itu” untuk melayakan bro berkerja diluar negara sebagai pakar.

Itu baru impian bro.

Bagaimanapun kehidupan sekarang ini juga adalah cebisan dari impian yang pernah bro pasang dahulu.

…………. Speechless….!!!

Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5,515,812 total views, 15,226 views today

Antara Top Blogger - Travel, Parenting dan Lifestyle di Malaysia. Berkerja sebagai Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan seorang anak (belum plan nak tambah lagi)

34 thoughts on “3 Idiots – Segulung Ijazah Belum Tentu Menjamin Apa-apa

    • Ada gak yang bidang kerja dan ijazah tiada kaitan langsung.

      Paling malang, nk kan status gomen. Sanggup amik jawatan takat level spm. Ijazah 1st class tolak tepi.

      Sedangkan dgn ijazah itu, dia mampu berada pada level yang mampu menjadi kepala organisasi dr menjadi kuli je

  1. tak dinafikan saya menangis teresak-esak kerana menonton filem ini. Filem yg masih mengekalkan rekod box office no1 bollywood. serta memenangi banyak anugerah.

    Ranco mmg wujud dlm kehidupan sebenaran..tapi jumlahnya tidak ramai.

  2. Bro orangnya kental…

    jati diri yang kuat…

    itu lah apa yang kikie ley rasa daripada pengalaman bro..

    Semoga Allah sentiasa membuka Rahmat Bro sekeluarga :)

  3. teringat cerita hindustan tu.. mesej yang cuba disampaikan ialah skill kita. apa yang kita minat..

    setuju tu, segulung ijazah tidak menjanjikan yang indah2 sebenarnya.. yang penting kita perlu berusaha dan belajar tanpa henti.

  4. 3 Idiots sememangnya cerita kegemaran saya.. Setakat ini, 3 Idiots adalah cerita Hindustan terbaik yang pernah saya tonton…

    Betul tu.. Ijazah tidak menjamin apa-apa.. Sama seperti yang diperkatakan oleh Robert T. Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad..
    Anuar recently posted..WW : Senarai Homestay di Perak

  5. Saya dah tengok cerita 3 idiot ni memang best dan banyak pengajaran di sebalik ceritanya ni. Sebenarnya sekarang ni kan ijazah dan pelajaran tinggi tak lah penting sangat dan bukan semua orang bertuah. Dalam 100 orang memegang segulung ijazah mungkin hanya 5 orang saja ijazah tu akan berguna sepenuhnya. Ramai juga belajar engineering akhirnya pergi business tiada kaitan dengan engineering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge