Toshiba telah memperkenalkan model terbaru Ultrabook bagi siri Satellite U840 bertempat di Deep Living Show Gallery, Kuala Lumpur.
Ianya termasuk model Satellite U840W yang merupakan Ultrabook pertama yang menawarkan paparan 21:9 untuk memenuhi gaya, kepuasan hiburan dan produktiviti yang dikuasakan oleh generasi ketiga prosessor Intel Core.
Dengan paparan berskala 21:9 membuatkan ianya nampak memanjang dari kebanyakan ultrabook yang ada. Tetapi memang sesuai sangat untuk resolusi menonton format video dan bermain game.
Model Satellite U840 dan Satellite U*40W akan berada di pasaran Asia Tenggara dan Asia Selatan pada suku terakhir 2012.
Ianya menawarkan pernampilan premium dan rekaan dalam bentuk ultra-nipis. Direka bagi memenuhi keinginan menonton video daan penjimatan tenaga. Maka paparan 14.4 inchi Ultra-Wide HD Cear SuperView dengan nisbah 21:9.
Ianya amat sesuai bagi sesiapa yang ingin menonton video 2.35:1 dalam bentuk asal tanpa ada ruangan gelap terpapar disekelilingnya.
Dalam masa yang sama ianya menawarkan Split-Screen Utility bagi mereka yang ingin melakukan banyak benda dalam satu-satu masa.
Harga : RM3,999
wah menarik la.
Mahu angkat kah
smart rekaan dia..
Nipis, skrin lebar dan berkuasa itu saya mahukan untuk kerja-kerja edit gambar.
wah yg terbaru ek..boleh tahan juga harganya..:)
Nampaknya harga Toshiba Satellite U840W ni masih mahal lagi.. Dah hampir sama dengan harga Ipohone 5.. Kalau nak beli kena Tunggu 5-6 bulan lagi, bagi harganya jatuh ke paras RM2XXX.. ;)
terbaik toshiba ultrabook. screen ratio 21.9, dah macam ratio tengok wayang
Apa maksud ratio ni?
pandai olahh.. hihi
kat rumah ema pakai laptop jenama toshiba..ama puas hati.. hampir lima tahun dah pakai..
wow, lebarnya skrin. mmg best tgk brrip movie ni. hehe
Kalau ringan bolehla angkat.. Kalau berat Mintak tolong Bro angkat kan.. Brp berat ultrabook ni?
Pelik pula kalau di tengok kan. Lebar. tak pernah nampak pula.