You are here
Home > Uncategorized > Tiga Tokoh Penerima Anugerah Merdeka 2012

17,680,765 total views, 1,892 views today

Tiga Tokoh Penerima Anugerah Merdeka 2012

Tiga tokoh telah dipilih sebagai penerima Anugerah Merdeka 2012, atas sumbangan cemerlang dan berpanjangan mereka dalam bidang masing-masing kepada negara dan rakyat Malaysia.

Pengumunan ini telah dibuat semalam di Malaysian Petroleum Club, KLCC oleh Pengerusi Anugerah Merdeka, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Tiga tokoh penerima tersebut adalah:-

YBhg Academician Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock

Kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Beliau diberi pengiktirafan atas sumbangan cemerlang terhadap penyelidikan dan pembangunan kimia dan teknologi Minyak Sawit dan atas peranan utama yang beliau mainkan dalam mendokong dan mempromosikan industri Minyak Sawit Malaysia kepada dunia.

Ybhg Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Kategori Pencapaian Ilmiah Terunggul,

Beliau diberi pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam bidang Islamisasi Ilmu dan Pendidikan Muslim Kontemporari.

Dr Engkik Soepadmo

Kategori Sumbangan Cemerlang kepada Rakyat Malaysia,

Beliau diberi pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam bidang penyelidikan dan pemuliharaan kepelbagaian tumbuhan hutan Malaysia.

Bagi tahun 2012, tiada anugerah telah diberikan dalam kategori Pelajaran & Komuniti, dan Alam Sekitar.

Pengumuman ini dibuat setelah ahli-ahli jawatankuasa Pencalonan dan Pemilihan membuat pertimbangan secara menyeluruh, meneliti kelebihan dan ciri-ciri terperinci yang dimiliki oleh setiap calon.

Para penerima Anugerah Merdeka 2012 akan menerima anugerah masing-masing daripada Penaung Anugerah Merdeka iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di majlis Penyampaian Anugerah Merdeka 2012 yang bakal diadakan nanti.

Untuk pengetahuan anda,

Anugerah Merdeka diasaskan oleh PETRONAS, ExxonMobil dan Shell pada 27 Ogos 2007 .

Ianya bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada rakyat Malaysia dan warganegara Malaysia yang telah memberi sumbangan besar dan berpanjangan kepada negara dan rakyat Malaysia dalam bidang masing-masing.

Anugerah disampaikan setiap tahun kepada individu-individu dan/atau organisasi yang menjalankan usaha dan mencapai kejayaan unggul yang bermanfaat besar kepada negata dan rakyat dalam kategori yang dinyatakan.

Bicara Bro : Teringin nak dapat anugerah sebegini.

Bro hanya pernah terima :-

  1. Anugerah Tokoh Akademik (Sek Ren),
  2. Anugerah Half Color (Sek Men – Sukan),
  3. Anugerah Kecemerlangan SPM Asrama Negeri Perak,
  4. Anugerah Tokoh Keamanan Peringkat Universiti Malaysia.

Tak pernah terima anugerah yang berkaitan dengan blog.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Tiga Tokoh Penerima Anugerah Merdeka 2012

    1. Dah bertahun punye tue. Tahun 2007, time tue dorang mintak bro jadi Duta Keamanan untuk mewakili Malaysia ke persidangan keamanan antarabangsa.

      Tapi tak jadi pergi sebab minggu tue berlaku keganasan di lokasi yang bro ingin tuju

Leave a Reply

Top