You are here
Home > Bersama BroFramestone > Tekanan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga

17,445,664 total views, 4,875 views today

Tekanan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga

Tekanan demi tekanan bro hadapi.

Sama ada dari kerja, orang lain mahupun faktor kesihatan memberi kesan kepada bro.

Tekanan darah bro sejak 2 minggu ini agak tinggi dan kadar degupan jantung pula tidak seperti kebiasaan.

Bro cuba hadapinya.

Cuma nak sangat orang sekeliling bro faham keadaan yang bro hadapi dan tidak berniat menambahkan lagi tekanan yang sedia ada.

Risau satu tahap, jantung ini berhenti. Berhenti menjalankan kewajipannya.

Bukan bro tak mampu nak kawal, tetapi kadangkala ianya berada diluar kawalan kita. Terutamanya bila melibatkan pihak ketiga keempat atau seterusnya.

Patutlah,

Ada sesetengah kenalan bro berlaku aneh + ganjil bila nak dekat dengan tarikh majlis mereka. Ada yang menangis dekat bro, ada yang nak bro jadi pendengar setia mereka dan ada yang cakap dekat bro yang dorang rasa macam tak nak kahwin.

Sekarang nie, bro dah rasa.

Patutlah mamat diatas ini boleh pasang niat nak kahwin lagi.

Cer tengok misai dan senyumannya. Relaks dan maintain kehensemannya.

Rasanya dengan status dan kedudukan kerjayanya selepas berhenti kerja dari salah sebuah Bank yang ternama, mampu membuat orang lain turut tersenyum dan ingin mendekatinya.

Dulu sorang persorang gadis didalam LRT menjadi protegenya, kemudian gadis blogger dan sekarang beliau mengorak langkah menjadikan gadis-gadis berjogging ditaman sebagai protege seminar hartanahnya.

Mungkin bila bro dah sama level dengan dia, baru kurang rasa tekanan seperti yang bro hadapi sekarang nie. Siapa tahu kan la la la la la

Bicara Bro : Tinggal lagi 2 minggu sebelum majlis perkahwinan bro.

Terus terang bro katakan disini. Banyak lagi yang belum diuruskan lagi. Baju tak fitting, jemputan tak dibuat. Harap tiada jemputan pun korang sudi nak datang ek 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Tekanan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga

  1. (bkn dosa ke pergi kenduri yg tak dijemput)
    (takpe xdpt jemputan pun . tetap doakan yg terbaik)
    (rileks..! jgn cemas sgt)

    😀

  2. Janganlah terlalu memaksa diri berada tekanan. Sebaliknya berserah kepada Allah SWT supaya segalanya dipermudahkan urusan dan majlis perkahwinan tersebut diberkati. Itu adalah lebih baik.

  3. bro, jgn tensi2 sgt…. urusan nikah kahwin ni kita cuba uruskan dgn sederhana dan sesimple mungkin, itulah sunnah 😉

    tahniah in advanced ye “bakal tan sri dan datin sri” 😉

Leave a Reply

Top