You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Taikun – Filem Aksi Komedi Dunia Gangster

17,429,983 total views, 3,827 views today

Taikun – Filem Aksi Komedi Dunia Gangster


Filem Taikun menampilkan gandingan mantap Angah Raja Lawak dan Along Cham sebagai peneraju filem ini.

Filem arahan Ismail ‘Bob’ Hashim cuba menampilkan kelainan dalam filem terbarunya ini dengan menampilkan pelakon pelawak untuk berlakon filem aksi yang berbeza dengan filem aksi yang sedia ada.

Dimana mereka diberi kepercayaan untuk membawa watak gangster dimana mereka perlu beraksi ganas dan melakukan babak lagak ngeri.

Sinopsis Filem Taikun

Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang banyak menimbulkan kekacauan dalam dunia gangster. Sifat mereka suka bergaduh dan mencari pasal menyebabkan mereka bertembung dengan budak gangster dari Geng Black Ros dan Geng King Cobra.

Tai dan Kun telah membelasah kedua-dua bebudak kumpulan gangster ini dengan teruk, ketua Geng Black Ros, Manan (Zul Suphian) dan ketua Geng King Cobra, Sarip (Alex Yanz) merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka.

Sikap Tai dan Kun yang tamak menyebabkan mereka menerima pelawaan dua-dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing-masing.

Geng Black Ros dan Geng King Cobra pula merupakan dua musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya.

Ini membuatkan ahli-ahli yang lain mula tidak berpuas hati dengan mereka berdua.

Namun, Geng Black Ros dan Geng King Cobra mula ditimpa masalah. Dimana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing-masing mula menunding jari menuduh geng lain.

Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya pada pihak berkuasa. Tai dan Kun dituduh sebagai dalangnya namun Sarip dan Manan tidak percaya.

Siapakah dalang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun? Semuanya akan terjawab dalam filem ‘Taikun’.

Review Filem Taikun By Bro Framestone

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Metrowealth kerana sudi menjemput bro pada setiap pratonton filem mereka sepanjang tahun ini.

Selepas menonton Filem ini, ada beberapa bahagian menarik minat bro untuk dikongsikan kepada pembaca blog ini.

Kebanyakan lawak dalam filem ini ditampilkan dalam bentuk lebih serius dan lebih berisi jika dibandingkan dengan sesetengah filem aksi yang menampilkan lawak kosong.

Gadingan mantap Along dan Angah mampu menghidupkan lagi jalan cerita ini. Ini membuatkan cerita ini tidak nampak terlalu serius atau hanya menampilkan pelakon popular + muka hensem bagi melariskan filem.

Tetapi bro hampir perasan ada beberapa babak macam dipotong yang membuatkan perjalanan cerita agak kurang kemas.

Watak teman wanita kepada Tai Kun macam kurang menyerlah. Adakah kerana kekurang babak untuk mereka ataupun kewujudan mereka dalam filem sekadar extra? Perlu diperbaiki pada kelemahan ini.

Memang percubaan yang menarik dari pengarah Ngangkung dan Bini-Biniku Gangster, Ismail Bob Hashim.

Trailer Filem Taikun

Video Klip “Oppa Taikun Style”

Jangan lupa saksikan Filem Taikun di pawagam bermula 4 October 2012.

Bicara Bro : Lawak tengok Angah Raja Lawak berlawan. Serius lawak, terutama time dia melompat.

Paling lawak, aksi dia terkangkang selepas buat flying kick.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Taikun – Filem Aksi Komedi Dunia Gangster

  1. lah..hari ne ke keluar..klu tahu,xde nak turun tgk movie kmrn..tgk ceta Jiwa Kacau tu buat serabut kepala…lawak pun sekerat2x.hahaha XD

    xpe,sabtu ble marathon movie ne & hantu kapcai

    1. tajuk movie tu sofarz the movie:jiwa kacau.
      pengarah Isma AF & Tauke..promotion kurang kot bro..sbb eca pun xthu kewujudan movie tu.da kt cinema,baru nmpk poster kecik.hehehehe

Leave a Reply

Top