Pesan mak,

Jangan sesekali memarahi anak orang lain walaupun dia adalah isteri kamu.

Ini kerana, mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan.

Cukup dengan menegur mereka dengan cara yang baik dan lembut.

Dari menegurnya secara terbuka dengan nada yang tinggi sehinggakan mengaibkan dia.

Walaupun dia adalah isteri kamu, tak semestinya kamu boleh buat apa yang kamu suka terhadapnya. Maruahnya sebagai perempuan merangkap amanat yang dipertanggungjawabkan keatas kamu. Kamu patut menjaganya.

Perempuan memang dilahirkan dengan hati yang lembut dan nipis. Mudah tercalar dan terasa.

Bicara Bro : Jangan sesekali melepaskan kemarahan anda kepada si isteri.

Melepaskan yang lain tak apa, nafkah namanya. Pahala pun dapat, kasih sayang pun dapat.


Kredit gambar : link