You are here
Home > Uncategorized > Perubahan Waktu Operasi LRT Kelana Jaya Sehingga 9 Disember 2012

17,438,870 total views, 2,725 views today

Perubahan Waktu Operasi LRT Kelana Jaya Sehingga 9 Disember 2012

Makluman kepada pengguna LRT,

Terdapat sedikit perubahan waktu operasi LRT bagi laluan Kelana Jaya sehingga 9 Disember 2012.

Bermula Sabtu ini, perkhidmatan LRT Kelana Jaya akan bermula lewat dan berakhir lebih cepat susulan kerja-kerja menaik taraf pada perkakasan sistem kawalan automatik tren.

Perkhidmatan LRT di laluan ini akan menamatkan operasi pada 11 malam dan menyambung semula pada 8 pagi keesokannya.

Bagi menampung keperluan penumpang pada Ahad, RapidKL akan menyediakan perkhidmatan bas percuma di lima laluan dari stesen terpilih menuju ke pusat bandar raya selama dua jam dari 6 pagi.

Laluan bas berkenaan ialah dari :-

  • Stesen Kelana Jaya ke KLCC melalui KL Sentral, Pasar Seni dan Masjid Jamek.
  • Stesen Asia Jaya ke KLCC melalui KL Sentral, Pasar Seni dan Masjid Jamek.
  • Stesen Gombak ke KLCC melalui Taman Melati, Wangsa Maju dan Setiawangsa.
  • Stesen Wangsa Maju ke KLCC melalui Setiawangsa, Jelatek dan Dato’ Keramat.
  • Stesen Setiawangsa ke KLCC melalui Jelatek dan Dato’ Keramat.

Perubahan perkhidmatan LRT ini hanya pada hujung minggu.

Kredit : Mstar Online.

Bicara Bro : Bro pengguna tegar LRT laluan Kelana Jaya pada hujung minggu.

Diharap tiada yang merunggut bla LRT lambat beroperasi. Dan tiada yang kena tidur dekat stesyen LRT sebab LRT dah tamat operasi awal.

Teringat member yang terpaksa tidur di KL Sentral sebab terlepas LRT terakhir.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “Perubahan Waktu Operasi LRT Kelana Jaya Sehingga 9 Disember 2012

Leave a Reply

Top