Pengalaman pertama bro menjadi pengapit.

Itu pun atas permintaan kawan bro pada saat-saat akhir. Selamat ada baju yang sepadan dengan pengapit perempuan.

Kalau tidak…..

Malangnya tiada gambar atau bahan bukti bro menjadi pengapit dalam simpanan bro. Dalam memory ada la.

Kalau tidak, boleh bro tempek didalam blog ini. Maka terpaksa pakai gambar sepupu bro kahwin. Dan pengapitnya bukan bro. Tetapi pengapit perempuannya agak menarik juga la.

Tadi,

Bro tweet offer jadi pengapit bro pada seorang kenalan bagi majlis di sebelah Johor. Kenapa bro pilih dia?

Rumah sewanya dekat je dengan rumah pengantin. Jalan kaki pun boleh.

Bro : Mu jadi pengapit bro masa majlis sebelah johor leh?
Dia : Fuh berat job tu, tak pernah cuba lagi, senang tak kalau senang, on je.

Bro : Relak la, bro pun tak pernah cuba jadi pengantin lagi.
Dia : Hahahahah

Bro : Kalau bro pernah jadi pengantin, sure tak pening sangat macam nie.

Pengapit bro pada majlis sebelah Perak.

Kenalan bro,

Tak sangka rumah makcik dia berjiran dengan rumah bro di Perak. Kira pakej baik punya la nie ek.

Bicara Bro : Nak jadi pengapit perlu lebih tenang dari pengantin dan pandai mengawal keadaan.

Mana la tahu, ada perkara yang tidak diingini berlaku. Paling penting, pengapit la orang terapat dengan pengantin.

Penat tau nak sengih-sengih macam kerang pada tetamu yang hadir.