You are here
Home > Iklan > Advertorial > Pelajar KDU Botakkan Kepala Kutip Sumbangan Untuk Majlis Kanser Negara

17,457,897 total views, 1,064 views today

Pelajar KDU Botakkan Kepala Kutip Sumbangan Untuk Majlis Kanser Negara


Seramai 33 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan pensyarah Kolej Universiti KDU, Kampus Damansara Jaya telah membotakkan kepala bagi mengutip sumbangan.

Kutipan itu akan disumbangkan kepada pesakit kanser di rumah harapan bawah Majlis Kanser Negara (NCSM).

Tanggungjawab untuk mengutip sumbangan dalam memenuhi Corporate Social Responsibility, dipikul oleh School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts (SHTCA).

Kempen ini diadakan bersempena bulan September yang merupakan bulan kesedaran kanser kanak-kanak di US dan Kanada.

Sepanjang kempen ini berlangsung, 33 sukarelawan ini berusaha mendapatkan dana dan sumbangan dari keluarga, kenalan dan rakan sekolej. Mereka meletakan target kutipan mereka sendiri dimana mereka akan membotakkan kepala sekiranya target kutipan tercapai.

Dan hasilnya, mereka berjaya mengumpulkan sejumlah dana sebanyak RM 40, 877 untuk didermakan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit kanser di Rumah Harapan dibawah NCSM.

Disini bro kongsikan beberapa gambar yang sempat bro rakam semasa sukarelawan membotakkan kepala kepada umum.





Bukan pelajar lelaki sahaja yang sanggup menjadi sukarelawan untuk dibotakkan kepala. Bahkan pelajar wanita dan juga pensyarah turut terlibat sama bagi menjayakan kempen kesedaran ini.

Kempen ini berjaya mendapat tajaan dari penaja seperti Chezz Hair Academy, Estee lauder, Global Repro Printers, Mano’s Depiction Photography dan Thiaga 90 Studio.

Pada akhir acara ini diadakan, mereka berjaya meningkatkan jumlah sumbangan kepada RM 41,287

Bicara Bro : Silap bro botakkan kepala awal. Kalau tidak, bro juga ingin menjadi salah seorang yang ingin dibotakkan kepala sama.

Apa-apa pun tahniah kepada pelajar-pelajar Kolej Universiti KDU atas kejayaan kempen kesedaran ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Pelajar KDU Botakkan Kepala Kutip Sumbangan Untuk Majlis Kanser Negara

  1. Salam , pelajar lelaki botak kan kepala memang tk heran sgt , tp kalau pelajar perempuan memang tabik la .. walaupun saya bertudung tetap tak sanggup … tahniah dengan usaha mereka bro ..

Leave a Reply

Top