Pagi isnin yang tidak memberansangkan.

Macam mana nak teransang bila kesihatan pun dah ting tong.

Sepanjang malam bro susah nak bernafas, baring macam mana, terasa macam susah sangat nak bernafas.

Demam panas datang kembali kot.

Dah la baru lepas kena inject dekat bontot (awat la yg cucuk bukan nurse or doktor perempuan) suhu badan dah cecah 39.5 darjah.

Alang-alang macam tidur tak lena.

Terus bangun, solat subuh then siap-siap nak pergi ambil bakal orang rumah di HUKM. Die kerja shift malam.

Sampai sana, lama juga menunggung. Sambil menjeling-jeling kot-kot ternampak fatin liyana. Walaupun bro tak ada la cam sangat muka dia.

Tak ada Fatin Liyana, budak lain pun ok. Comel juga, dapat cuci mata walaupun mata dah kuyu tak larat nak drive.

Masa nak patah balik ke Kelana Jaya. Jem teruk dibeberapa tempat. Selamat sempat muntah dengan lancar dalam kereta.

I hate jem…

Bicara Bro : Sepanjang jem, bro suka update report di apps My Traffic untuk pengguna Android.

Ada report yang mengatakan terdapat 3 speed trap di sekitar Melaka, dan di Pagoh terdapat road block seawal 7 pagi.

Apa kes?