You are here
Home > 1001 Pictures > Menghitung Detik Keramat Dari Menara KLCC

17,420,817 total views, 2,638 views today

Menghitung Detik Keramat Dari Menara KLCC

Pejam celik, pejam celik.

Jarak masa semakin singkat. Kurang 20 hari belum bro dinikahkan.

Perasaan gemuruh pasti ada, nak pitam pun ada. Bukan sebab takut nak menghadap tok kadi. Cuma rasa agak tertekan nak uruskan majlis perkahwinan sendiri.

Menyesal tak cari wedding plannner.

Baju pengantin untuk majlis sebelah lelaki baru saja fitting minggu lepas. Minggu ini akan ke Johor untuk fitting baju pengantin bagi majlis sebelah perempuan pula.

Mahu tak pening dengan kemunculan AES dibeberapa lokasi. Memaksa perjalanan ku menjadi lebih perlahan dari kebiasaan. Kurang 30-40% dari kelajuan biasa (Ops, tak boleh nak mention berapa laju bro bawa).

Kalau kena saman, sure lagi pening kepala ini.

Lain la ada yang nak sponsor bayar saman. Walaupun dalam bajet 2013 bukannya memberi manfaat sepenuhnya kepada bro.

Tak perlu kot nak pening-pening kepala.

Dah jodoh dapat orang Johor, terima je la. Johor ~ Perak, tak ada la jauh mana.

Sambil pening-pening kepala, sempat lagi bergambar sakan sambil usha pemandangan dari menara KLCC. Teringin nak naik sampai kemuncak KLCC.

Kredit gambar : Shakiddo

Bicara Bro : Tak semua yang kita rancang akan ikut seperti yang dirancang. Allah swt yang akan menentukannya.

Dan tak semua yang kita rancangan akan diikuti oleh orang lain. Mereka juga ada perancangan mereka yang tersendiri.

Rancanglah perjalanan anda, ingat orang yang tersayang.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

33 thoughts on “Menghitung Detik Keramat Dari Menara KLCC

  1. Bro, lepas ni bolehlah honeymoon dekat atas menara KLCC..

    Mengabadikan cinta melihat pemandangan Malaysia dari bangunan tertinggi di Malaysia..hehehe

    P/S: Sekadar cadangan tempat berbulan madu..

  2. assalamualaikum bro…tahniah yer bakal jadi raja sehari nanti….johor ke perak bukan la jauh pun dah jodoh ngan org johor nak buat mcm manakan…org johor cun n cantikkan…hehehhee..:)

Leave a Reply

Top