You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Luahan Hati Seorang Blogger [Part 29] Mereka Blogger Hebat

17,447,331 total views, 6,542 views today

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 29] Mereka Blogger Hebat

Mereka blogger hebat.

Dan mungkin anda sendiri tidak mengenali siapa mereka.

Pada bro mereka semuanya blogger hebat.

Sorang daripada mereka antara favorite mana-mana syarikat yang berminat berurusan dengan blogger dimana review beliau diblog antara yang terbaik.

Sorang daripada mereka amat berpengaruh dalam dunia social media. Dan pandai berurusan dengan klient dan juga blogger yang lain.

Sorang daripada mereka mempunyai reputasi bila selalu dijemput menjadi panel atau tetamu jemputan hampir setiap kali persidangan berkaitan dengan blogger.

Sorang lagi, berblog sejak sekolah rendah, dan incomenya melebihi income yang bro dapat setiap bulan.

Siapakah mereka ini?

Mereka la kenalan blogger yang mengenali bro dan tidak sombong dengan bro. Masing-masing datang dari latar belakang pendidikan dan kerjaya yang berbeza.

Anda pula?

Ada sesetengah dari anda (eh bukan anda, kecuali jika anda terasa) diploma pun tak habis, ijazah yang ada belum menjamin masa depan dan hidup pun masih mak bapa tanggung.

Dah tunjuk keras kepala, tidak pernah menunjukan sikap hormat menghormati. Pandang rendah blogger lain, menghadkan pegaulan hanya dengan blogger yang dikenali.

Cuba korang buka mata korang sendiri.

Korang kecik je sebenarnya. Tak ada besar mana pun. Jika anda masih lagi bermegah mendada diri dalam kelompok anda sendiri.

Bicara Bro : Satu penghargaan jika apa yang bro coretkan dalam blog ini memberi kesan kepada mereka yang membacanya. Walaupun tanpa memenangi apa-apa anugerah mahupun masuk majalah.

Cukuplah bro dianugerahkan dengan kehidupan dan kesihatan. Harap anda juga begitu.

 

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

52 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 29] Mereka Blogger Hebat

  1. merendah diri dan senang bergaul tu lah orang yang kita suka nak dekatkan..ada aura positif..

    ala..org tu pun tak sombong huhu..bak kata cik adiknyer..dalam kete tak yah buka radio hahaha

  2. Setakat ini bro seorang jer dalam gambar tersebut yang saya kenal.. Yang lain tu, kalau bro bagi nama mungkin saya kenal..

    Betul tu.. Jadilah seperti resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.. 😉

  3. yeah! setuju dgn entry bro ni taw. sdgkan mereka yg hebat lg tak sombong…so pd mereka yg dikatakan oleh bro kat last entry ni…ubah-ubah ler attitude tu ea ^_- winks

  4. tak kira dalam blog atau apa sahaja tak boleh rasa diri hebat sbb kalau kita rasa hebat ramai lagi yg hebat. jadinya menghormati yg lain adalah yg terbaik. bergaul dan tak sombong kan ramai kawan nanti 😉

  5. setiap kali berpeluang jumpa blogger hebat ( bro salah sorang la kan) tak pernah pulak rasa blogger femes + hebat sombong.. hampir semua tak kedekut ilmu.. cuma jgn la kita menyombong ngan diorang pulak.. 😀 tak tau la kalau bebetul ada blogger hebat yg sombong.. belum pernah jumpa.. dengar dan baca dah selalu.. hehe..

  6. dalam 7 orang tu..pernah bersua muka dengan 2 orang je..memang hebat..mungkin kalau ada rezeki boleh jumpa yang lagi 5 orang tu.

    respect blogger2 senior. 🙂

    1. Boleh saja.. Mereka bukan terkenal di dalam kalangan blogger Melayu…

      Tetapi blogger peringkat antarabangsa. Orang pandang, dan jemput mereka untuk bagi talk n ceramah diperingkat antarabangsa.

      Rasanya boleh tak macam tue?

      Bro kalau takat di Malaysia, boleh kot bg talk…

Leave a Reply

Top