April 26, 2024

Lokasi Kamera AES Diantara Kuala Lumpur ~ Johor Bahru


Beberapa lokasi kamera AES ( Automated Enforcement System ) yang bakal ditempatkan diantara Kuala Lumpur dengan Johor Bahru.

Ini baru separuh jumlah pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) yang bakal dipasang di 831 lokasi seluruh negara.

Walaupun ramai yang merungut mengenai lokasi pemasangan kamera ini yang tidak relevent. Perkara ini telah dipanjangkan dalam Dewan Rakyat.

Sistem ini telah beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara.

Pada bro,

Memang ada faedahnya pemasangan kamera ini dilokasi yang berisiko tinggi akan berlakunya kemalangan.

Tetapi ada beberapa faktor yang perlu difikirkan sama sebelum lokasi tersebut dipasang kamera AES.

Tak guna juga saman banyak dikeluarkan, duit rakyat banyak diambil. Tetapi niat asal pemasangan kamera itu tidak dipenuhi, “iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya”

Bicara Bro : Dulu bro terkejut juga bila nampak ada cahaya berkelip-kelip di depan bro. Waktu itu bro terus memperlahankan kenderaan (sebab dalam kepala memang dah fikir, itu mesti speed trap)

Rasanya time tue, kamera AES baru sahaja dipasang dilokasi tersebut.

Dengar cerita dari kenalan bro, suami dia dah terima lebih dari 10 saman dilokasi yang sama dengan hanya menunggang motor. Siap nampak aksi comel suaminya diatas motor.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “Lokasi Kamera AES Diantara Kuala Lumpur ~ Johor Bahru

    1. Parah juga nak hafal setiap tempat, kalau selalu lalu mungkin tiada masalah…

      Boleh juga adjust dari 180kmj kepada 80kmj dalam 200 meter sebelum sampai kepada kamera huhu

    2. Apa lah susah sangat beli ajer smartphone..kat dalam tu ada aplikas detector AES.. FREE TUUUU…tak payah susah2 hafaz lokasi.. abis citer. kalu nak citer lebih.. bayar lah.

  1. ‘Hanya orang yang bersalah je x setuju sistem AES ini ‘ petikan kenyataan dari siape tah kat buletin tv3…. betul jugak tu.. kamere tu x tgkp gamba orang yg x bersalah pon……..

  2. kat mana kita boleh nk check kita ada saman ke tak? sebab pakai iphone ada jugak download apps saman polis tu. tapi macam tak percaya je bila takde rekod.

  3. di Australia mmg dikuatkuasakan AES ni tp bertempat la jugak. yg mana jln straight, xdelah diorang nk limitkan sampai 70kmj.
    sbnrnya AES ni bley dtgkan kemarahan rakyat dan efek kerajaan dlm PRU dpn ni. tgk lah…

Leave a Reply to Kaio Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *