You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Lelaki Berkerjaya, Teman Wanita Masih Belajar

17,446,108 total views, 5,319 views today

Lelaki Berkerjaya, Teman Wanita Masih Belajar

Lelaki berkerjaya, teman wanita pula masih berlajar.

Pasti ada sesetengah pihak yang berada pada situasi ini akan pening kepala jika tidak pandai mengawal keadaan dan menjaga hubungan yang terjalin.

Bagi lelaki berkerjaya,

Mereka mencari wanita yang masih berlajar mungkin kerana mereka masih muda. Dan mungkin jadual mereka agak fleksibel berbeza dengan sesetengah wanita yang berkerjaya.

Bagi wanita yang masih berlajar,

Mereka mencari lelaki yang berkerjaya mungkin kerana mereka lebih stabil dari segi ekonomi. Dan kebanyakan lelaki seperti ini dah bersedia untuk berumah tangga.

Mungkin boleh pujuk teman lelaki untuk keluarkan duit bagi mereka bershopping. Lagi-lagi sekarang ini zaman orang shopping secara online.

Benda ini yang bro nampak dulu sewaktu berlajar di Universiti.

Kebanyakan wanita yang baru habis berlajar terus kahwin. Ada sesetengah mereka yang berkahwin dan berkerja. Ada juga yang terus menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kenkadang fikir juga.

Kenapa perlu berlajar tinggi-tinggi akhirnya niat hati nak jadi surirumah.

Adakah ijazah mahupun master yang diperolehi dijadikan kadar pengukur kadar duit hantaran mengikut kelayakan akedemik?

Pelik juga dunia sekarang ini. Nak kahwin macam nak mintak kerja kena tengok taraf pendidikan dan kelayakan akademik.

Ada kisah mengenai kawan bro yang berkahwin waktu berlajar atas restu keluarga.

Tetapi mereka duduk asing. Sorang berlajar di utara sorang lagi di selatan.

Alhamdulillah, seorang dah jadi cikgu dan sorang lagi jadi pensyarah. Dan kedua-duanya merupakan salah seorang pelajar cemerlang di universiti masing-masing.

Bro tak berani nak rapat dengan wanita yang masih berlajar. Dulu ada kes, dorang anggap bro ini macam mesin ATM.

Bicara Bro : Suka dengar seloroh orang tua-tua bila anak dorang gagal dalam pelajaran waktu dulu. Gagal SPM terus kahwin.

Zaman sekarang nie. Dah kerja 2-3x tukar pun tiada niat nak mendirikan rumah tangga.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Lelaki Berkerjaya, Teman Wanita Masih Belajar

  1. mmg betul apa yg bro cakap tu..zaman skrg perempuan akan memandang kerjaya dahulu..sebab mempunyai ekonomi yg lebih stabil.

  2. Zaman dah berubah Bro.. Inilah realiti zaman sekarang.. Wang hantaran diukur berdasarkan status kelayakan akademik pengantin perempuan..

    Semasa hari raya hari tu saya ikut keluarga mertua pergi merisik anak dara untuk adik ipar lelaki saya..

    Pada ketika ini pasangan beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah..Tapi wang hantaran + Mas Kahwin yang dikenakan sebanyak RM15k.. Itulah realiti zaman sekarang..

    Bila difikirkan keadaan ini, rasa kesian pula dekat kaum lelaki yang tiada kelulusan dan bergaji rendah..

    Syukur Alhamdulillah.. Mujurlah saya dah kahwin.. Kalau tak mungkin jadi bujang telajaklah saya jawabnya.. hehehe…

    1. salam..depends pada individu…
      saya nikah simple je..mas kahwin rm5k..hantaran sebentuk cincin je..saya grad oversea..ada master..keje dah 11 tahun..suami expatriate..gaji alhamdulillah otw dapatkan phd..
      mula2 keluarga risau gak orang mengata..sebab mereka ni agak berada..tapi alhamdulillah orang mengata yang baik2 je..
      insyallah next year ada baby..berhenti kerja

  3. Ada yg cakap belajar utk ilmu. Bukan nak sangat kerja pun.. Pernah tengok cerita yg si ayah ni nak anaknya study sampai pHD tapi x izin anaknya (pompuan) kerja..

  4. perkara ni biasa terjadi..lumrah juga bila mempunyai teman wanita yang masih belajar..wanita lebih muda dari kita…senior bercinta dengan junior…bila senior grad terus kerja..tinggallah teman wanita belajar lagi..ketika itu teman lelaki “baik hati” sangat menanggung teman wanitanya sebab apa..sebab sayang..walhal tanggungjawab kepada ibu bapa lagi utama kerana teman wanita dan anda belum ada ikatan sah lagi..bayangkan sudah banyak anda melabur pada teman wanita anda, tiba-tiba ditakdirkan jodoh tak panjang..mau frust jugak waktu tu…hehe…

    mengenai wang hantaran, memang mengikut arus “pemodenan” katakan.. taraf pendidikan menjadi ukuran nilai wang hantaran…

  5. lain pula cerita kawan2 perempuan djchef, lepas habis sijil sementara tunggu konvo pakat2 nak sambung diploma alasannya malas nak cari kerja malas duk rumah lama2 rindu kwn lama2 n harap dpt smbung skali.. lpas abis diploma nak sambung ijazah pula katanya malas duk umah lama2 smentara tunggu konvo,rindu nk jumpa kwn2 lama n minta kwn2 smbung ijazah pilih U yg sama..

  6. hahahahaha.. betul la tu agaknya.. lagipun, perempuan zaman sekarang bukan macam dulu.. dah lebih advance daripada lelaki. dah ramai yang expert bab ambik kesempatan ni.

  7. memang setuju dengan pendapat bro perempuan memang memilih lelaki yang berkerjaya kerana ianya akan menstabilkan keluarga. tetapi lelaki akan pilih perempuan yang pandai memasak supaya tidak makan di luar setiap hari.boleh lingkup.haha

  8. pendapat aku, belajar kasi habis dulu, cari kerja dan kasi ekonomi stabil then baru fikir pasal kahwin, tak kira lelaki atau perempuan, sbb perkahwinan bukan satu perkara yg mudah nak2 lagi dizaman serba canggih dan mencabar ni…faktor ekonomi dan kematangan fikiran amat2 penting dalam melayari bahtera perkahwinan

  9. Cuba fikirkan, memilih untuk tidak belajar dan duduk rumah cuma menunggu dipinang orang. And then, dipinang and berkahwin & ada anak. Cuba bayangkan tmpt kita bergantung hidup tu menemui ajal lebih awal. Tanpa kelulusan mmg susah nak apply kerja. Takkan masih nak bergantung dengan orang tua? orang lain? orang-orang? Think! Sejauh mana kita boleh bergantung hidup dengan orang lain selain diri sendiri.

  10. yup, saya setuju yang lelaki bekerjaya lebih mendapat perhatian wanita yang masih belajar. Kadang2 bukan nak mengambil kesempatan, tapi disebabkan lelaki bekerjaya ni lebih matang & ekonomi pun stabil. mana tahu ter-pregnant time study, takdelah masalah duit sangat kan.

    Pastu, kalau saya jadi lelaki saya akan biarkan isteri saya tu bekerja, supaya dia capai apa yang dia citakan. Kalau dia nak jadi surirumah, ok je asalkan gaji suami mencukupi =)

    pasal wang hantaran tu, no komen bro.

    p/s: Bro, ada typo la. Bukan ‘berkerjaya’ tapi bekerjaya. Bukan ‘berlajar’, tapi belajar. peaceY

  11. mak slalo ckp,,,kerja tu ptg,,,sbb ad sesetengah kes laki kahwin len then wanita suri rumah sepenuh masa ni terkapai2 ble da cerai ngn suami,,,so penting kerjaya bg wanita tu sbb ble keadaan x sperti kte jangkakan kerjaya tu lar menyelamatkn diri dy,,just sharing my mother opinion,,

Leave a Reply

Top