March 28, 2024

Filem Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah menghasil filem mengenai perjalanannya ke angkasa lepas.

Dan filem ini diberi judul No.1 – 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal.

Ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat terutamanya mendidik generasi muda.

Filem itu bakal menggabungkan elemen imej janaan komputer (CGI) dan 3D bersama visual asal yang dirakamkan sendiri oleh Sheikh Muszaphar semasa berada di angkasa lepas.

Dalam filem ini hanya akan memaparkan sepenuhnya pengalaman Sheikh Muszaphar tanpa melibatkan pelakon lain.

Ia dijangka akan ditayangkan kepada umum pada Mac tahun hadapan.

Terdapat tiga elemen penting dipaparkan dalam filem ini iaitu tentang kebesaran Allah S.W.T, teknologi sains dan pemandangan bumi dari angkasa lepas.

Pada bro,

Ianya satu kebanggaan apabila kita disajikan dengan filem berbentuk dokumentari dari pengalaman sebenar wira kita.

Dan ianya dilakonkan sendiri bukan menggunakan orang lain untuk memikul watak sebagai angkasawan negara.

Tetapi tajuk filemnya terlalu panjang.

Note : No 1 – 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal adalah sebuah kisah benar yang dirakamkan Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa SOYUZ TMA-11 milik Russian Federal Space Agency yang mengorbit di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari 10 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007.

Sumber : MStar

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Filem Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Leave a Reply to boni kacak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *