You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Dengan Lafaz “Aku Terima Nikahnya” Kau Milikku

17,437,588 total views, 1,443 views today

Dengan Lafaz “Aku Terima Nikahnya” Kau Milikku


Aku Terima Nikahnya,

Antara judul yang bro nantikan selama ini. Dan terima kasih bro ucapkan kepada pihak MIG kerana sudi menjemput bro ke majlis pratonton Filem “Aku Terima Nikahnya” baru-baru ini di TGV, Sunway Pyramid.

Ianya merupakan filem pertama yang menggandingkan Adi Putra dan Nora Danish sebagai sebagai peneraju utama.

Ia juga merupakan filem pertama arahan Eyra Rahman yang pernah mengarahkan drama bersiri Suri Bakawali dan pernah menjadi penolong pengarah seperti Rempit V3, Sekali Lagi, Senario Beach Boy dan banyak lagi.

Sinopsis ‘Aku Terima Nikahnya’

Filem romantik ini mengisahkan tentang kisah cinta tragis sepasang suami isteri iaitu Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang baru sahaja selamat diijab kabul dan mereka hidup bahagia dan saling menyintai.

Anda boleh lihat gambar babak pernikahan Nora Danish dan Adi Putra disini.

Namun terjadi sesuatu yang tidak diduga, dimana Johan terlibat dalam kemalangan.

Impak dari kemalangan tersebut menyebabkan Johan mengalami Selective Amnesia dan lupa segala mengenai isterinya. Johan hanya mengingati perkara yang pernah berlaku sehingga dia berusia 31 tahun.

Dimana waktu itu, dia masih belum mengenali Arlisa. Ini menyebabkan Johan bertindak menjauhkan diri dari Arlisa kerana dia sedikit pun tidak boleh menerima kenyataan yang dia pernah bercinta dan mengahwini Arlisa.

Ini menyebabkan Arlisa berusaha untuk memulihkan ingatan Johan terhadapnya. Tetapi Johan pula mula tertarik dengan Suriya (Mon Ryanti) yang merupakan kawan baik kepada Arlisa.

Ini menyebabkan Arlisa cemburu dan mula tawar hati dengan Johan. Sehinggakan pada suatu malam Arlisa ternampak perkara yang mencurigakan antara Johan dan Suriya.

Bagaimanakah kesudahan Filem “Aku Terima Nikahnya” ini. Jangan lupa untuk menyaksikan dipawagam bermula 11 Oct 2012.

Review Bro Framestone mengenai Filem “Aku Terima Nikahnya”

  • Lakonan Nora Danish lebih menyerlah dengan titisan air mata yang mampu membuat penonton menjiwai watak yang cuba beliau sampaikan.
  • Bagi lakonan Adi Putra pula, dia berjaya membawa wataknya sebagai seorang yang ego dan sukar menerima kenyataan. Bagaimanapun, pada babak romantik mampu dilakonkan dengan jayanya.
  • Bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, elok layan cerita ini. Ada beberapa bab agama dan perkahwinan disentuh untuk pengetahuan anda.
  • Banyak dugaan dalam berumah tangga dipaparkan dalam filem ini.
  • Jika menghadapi masalah, jangan libatkan keluarga mahupun rakan-rakan. Risau lain jadinya.

Bro boleh bagi 4.8 bintang untuk pengisian. 4.0 untuk jalan cerita.
Trailer Filem Aku Terima Nikahnya

Bicara Bro : Dengan lafaz “Aku Terima Nikahnya” ada tak sesiapa nak jadi milik bro?

Bro boleh lafaz 4x je. Tak nak lebih dari itu.

Bicara Bro :

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

33 thoughts on “Dengan Lafaz “Aku Terima Nikahnya” Kau Milikku

Leave a Reply

Top