You are here
Home > Novelisme BroFramestone > Dalam Doaku Ada Kamu

17,446,812 total views, 6,023 views today

Dalam Doaku Ada Kamu

Dalam doaku ada kamu

Mungkin kamu tidak menyedarinya.

Dan bukan niatku untuk menyembunyikannya dari pengetahuan kamu. Cuma ianya doaku, yang ikhlas dari hatiku untuk mendoakan kesejahteraan keatas kamu.

Dalam doaku ada kamu

Sejak kali pertama aku menaruh hati padamu

Berlaku bertahun-tahun dahulu, yang mungkin kamu juga tahu, kerana permulaannya bermula disitu. Hanya kau dan aku.

Dalam doaku ada kamu

Tanda terpahat dijari manismu

Waktu terbit impian aku dan kamu, Hatiku ingin memperisterikan kamu, Dimana keluargamu bersedia menerimaku.

Dalam doaku ada kamu

Mungkin tiada jodoh antara kau dan aku,

Doa dariku tidak putus untuk mu, Itu yang ku pohon diakhir solatku, bukan untuk sahaja untuk kamu, untuk insan disekelilingku, Termasuk kamu

Dalam doaku ada kamu

Dan mungkin aku masih belum tahu, Adakah kau memaafkan aku……

~ Nukilan Bro Framestone ~

Bicara Bro : Tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Hari bahagia untuk diriku, diharap tiada hati yang kecewa diatas kebahagiaanku. Jodoh ketentuan illahi, kita hanya berusaha.

Mungkin kita tiada jodoh bersama.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

27 thoughts on “Dalam Doaku Ada Kamu

  1. tq bro atas jemputan..tapi jay xdapat dtglah bro..sedihnye..huhu..Jay pun skrg dalam proses..insyaallah ada kodoh,adalah jemputan.:)

Leave a Reply

Top