You are here
Home > Iklan > Advertorial > Biar Satu Dunia Melihat Karya Anda di Fluid Art Movement

17,456,854 total views, 21 views today

Biar Satu Dunia Melihat Karya Anda di Fluid Art Movement


Adakah anda seorang yang kreatif dan suka berkarya?

Apa kata anda cuba menghasilkan karya anda sendiri secara online dengan menyertai Fluid Art Movement yang sedang berlangsung sekarang.

Fluid Art Movement adalah inisiatif daripada Petronas untuk mengenang kembali 100 tahun inovasi mereka dalam bidang teknologi pelinciran.

10 September maka genap sudah 100 tahun penglibatan mereka.

Pada 26 September lepas,

Petronas Lubricants telah melancarkan sebuah laman web interaktif yang membolehkan pelawat menghasilkan karya seni berdasarkan sifat cecair/ air atau fluid (minyak pelincir dicipta berdasarkan sifat semulajadi cecair/air).

Ianya telah diadakan di Sunway Pyramid dan dimeriahkan dengan kehadiran pelumba-pelumba negara seperti Dominic Ang, Melvin Moh, Fariqe Hairuman dan Hafizh Syahrin.

Jom sertai Fluid Art Movement

Apa yang anda perlu buat?

Anda hanya perlu pergi ke laman http://www.fluidartmovement.com/

Kemudian anda perlu daftarkan akaun anda. Paling senang daftar menggunakan akaun facebook anda.
Anda boleh juga daftar menggunakan alamat email anda. Kemudian anda akan menerima email untuk pengesahan akaun anda.

Selepas akaun anda didaftarkan,

Anda sudah boleh mula berkarya sama seperti mana yang bro buat dibawah ini.

Simple tapi nampak menarik (pada pandangan mata bro).

Bro namakan artwork bro ini : 2 Face Black & Yellow. Ada tak korang nampak apa yang ingin bro sampaikan dalam karya ini?

Dan bro minta jasa baik rakan-rakan untdi undi karya bro ini – 2 Face Black & Yellow.

Pergi ke Galery Fluid Art Movement. Kemudian search “framestone” dan akan keluar karya seperti yang terpapar diatas.

Bro harap anda sudi vote karya bro ini. Jasa anda amat bro hargai.

Bukan bro sorang je yang menyertai contest ini. Ramai yang mencuba nasib. Mana tahu karya mereka juga boleh menang.


Bagaimana nak buat karya agung seperti mana yang bro buat?

Senang sahaja. Anda hanya perlu pilih warna mana yang ingin anda gunakan. Pilih size stoke anda dan tahap kepekatan cecair pada warna yang anda gunakan.

Amaran : Cuba dulu, kemudian baru anda mula berkarya. Takut ada yang stress karya tidak seperti mana yang mereka inginkan.

Mudah saja bukan.

Sertai sekarang, dan anda mungkin berperluang memenangi trip untuk menyaksikan F1 Grand Prix di Amerika Syarikat tahun hadapan.

Pemenang juga akan diberikan duit saku sebanyak USD 1,200 sepanjang berada di sana. Doakan bro menang dengan karya yang telah bro hasilkan ini.

Sebagai tanda sokongan untuk kempen ini.

2 pemandu Mercedes AMG PETRONAS Formula One iaitu Michael Schumacher dan juga Nico Rosberg turut sama berkongsi karya mereka.

Anda bila lagi?

Jom sertainya sebagai tanda sokongan anda terhadap kempen ini. Maklumat lanjut anda boleh dapati di www.pli-petronas.com atau http://www.fluidartmovement.com/

Kontest ini bakal berakhir pada 31 Disember 2012.

Jom saksikan video sepanjang majlis ini berlangsung.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

26 thoughts on “Biar Satu Dunia Melihat Karya Anda di Fluid Art Movement

    1. Kena dapatkan banyak vote kalau nak menang. Nak belanja ape ek?

      Belanja honeymoon dengan bro boleh? hadiah utama 2 tiket je la.. satu untuk bro, satu untuk kamu he..23x

  1. kalau dh blogger nih join…….. kita sumer nganga je la… takde chance nak masuk senraia s3 atau ipad la cam gini………. 🙁

    1. hurrmmm…

      haah..

      tapi kan kenkadang saya rasa kan cam kebanyakkan contest “tipu” kata je ada hadiah la .. apa la…. tapi kebykan “contest” xdgr pulak pemenang…

      (kecuali zafar ngna yana , tu pun bukan by blog kan?)

Leave a Reply

Top