You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Bakal Pengantin Kira Duit Nak Kahwin

17,442,023 total views, 1,234 views today

Bakal Pengantin Kira Duit Nak Kahwin

Majlis tinggal lagi sebulan beberapa hari.

Kira-kira duit dalam akaun dan di tangan, rasa macam tak cukup je nak survive sehingga payment seterusnya bro terima.

Banyak lagi urusan yang berkaitan dengan duit masih belum dibuat.

Lagi pening bila baru-baru ini, dalam sehari dah habis beribu nak settlekan sewa hosting untuk blog-blog, sewa rumah, bil telefon, road tax etc.

Bulan depan nak kena fikir pasal road tax kereta lagi satu pula.

Ada yang bertanya,

“Bro tak pening, majlis dah dekat tetapi banyak benda tak buat lagi”

“Memang pening pun, kalau difikirkan mahu pitam dekat sini” seloroh bro kepada mereka.

Cuma akhir-akhir ini, bro banyak termenung menghadap phone.

Senyap, jari jemari menyentuh permukaan phone dengan sebelah tangan, kusyuk benar dan perbuatan bro menarik perhatian beberapa kenalan bro.

Dorang bertanya,

“Kau main apa tue? Kusyuk je”

Bro menjawab, “Tengah kira duit, kot-kot boleh menang loteri” sambil bro tunjuk pada dorang game Coindozer yang sedang bro main.

Ada sesiapa pernah bermain game ini x?

Bicara Bro : Siapalah yang pengaruh bro untuk bermain game ini.

Boleh ketagih jadinya. So bermula hari ini, game ini akan di”uninstall”kan dari iPhone bro

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

32 thoughts on “Bakal Pengantin Kira Duit Nak Kahwin

  1. berpuluh2 K tu kira standard zaman sekarang.. tapi jangan lupa jugak buat perancangan kewangan untuk hidup lepas kahwin.. sebelum kahwin ni belanja tu berpada-pada.. susah2 dulu takpe, asalkan senang2 kemudian lepas dah kawin..

  2. salam,
    takyahlah pening-pening…belanja ikut kemampuan, jangan ikut hati…memanglah kalau boleh semua nak yg terbaik…tapi nak buat apa jika sampai nak pitam…:)
    baik simpan duit utk belanja lepas kawin…
    selamat jadi raja sehari tak lama lagi ye…darah tengah manis sekarang ni…:)

  3. tengah gemuruh jiwa lah ni bro kita hehehe…

    InsyaAllah Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, walimatul urus bro akan berjalan dengan harmoni… Berbahagia lah bro dengan pasangan sampai ke Syurga Amin….

  4. nak kahwin memang guna belanja yang banyak….tapi bro jangan lupa juga perancangan kewangan untuk lepas kahwin..tu yang lebih penting..apa-apa pun, semoga majlis berjalan lancar…insyaAllah…

Leave a Reply

Top