You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > Tuhanku, Ampuni Aku, Sayangi Aku, Tutuplah Aib-Aibku

17,445,590 total views, 4,801 views today

Tuhanku, Ampuni Aku, Sayangi Aku, Tutuplah Aib-Aibku

Tuhanku,

Ampuni aku, Sayangi aku, Tutuplah aib-aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkan aku dan Maafkan aku.

Ini yang sentiasa aku baca, aku lafazkan setiap kali duduk diantara dua sujud dalam solat ku.

Jangan sekadar tahu membacanya tanpa mengetahui maknanya.

Setiap bacaan yang mengiringi surah dan rukun solat adalah doa kita menghambakan diri kepadaNya. Tetapi kita lupa bahawa kita hanya hambaNya.

Kita lupa untuk menyayangi diri kita

Kita lupa menutupkan aib yang kita lakukan

Kita lupa rezeki datang dariNya

Kita lupa bahawa Dia sentiasa memberi petunjuk tanpa kita sedari

Kita lupa selama ini dia yang memberikan kesihatan kepada kita

Dan kita perlu sentiasa memohon kemaafan, kerana kita bukannya insan yang mulia dan tidak pernah melakukan kesalahan.

Itu yang selalu kita lafazkan,

“Rabbighfirli Warhamni Wajburnii Warfa’nii Warzuqnii Wahdinii Wa’aafinii Wa’fuannii”

Bicara Bro : Maaf sekiranya ada kesalahan ejaan, untuk memudahkan anda membacanya.

Sekadar 5 waktu Allah SWT wajibkan kepada kita untuk mengabadikan diri kepadaNya. Dan kita selalu mencari alasan untuk tidak menunaikannya walaupun hanya untuk 5 minit.

Renung-renungkan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Tuhanku, Ampuni Aku, Sayangi Aku, Tutuplah Aib-Aibku

Leave a Reply

Top