April 26, 2024

Tauke Raja Lawak Mahu Isteri Yang Ada Asas Agama

Seperti yang kita sedia makluma,

Tauke Raja Lawak telah bercerai dengan isterinya walaupun tempoh perkahwinan beliau hanya bertahan selama 2 bulan.

Dia menceraikan isteri ketiganya, Amira, 24, seminggu sebelum Aidilfitri lalu kerana perkahwinan yang dibina selama dua bulan itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Namun kalau masih ada jodoh, beliau terima dengan hati terbuka. Cuma kali ini biar bakal isterinya mempunyai asas didikan agama, pandai menjaga keluarga dan dirinya.

Mungkin faktor umur menjadikan perkahwinannya gagal.

Bicara Bro : Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah. Sesiapa pun boleh berkahwin, cuma yang membezakannya adalah persiapan diri dari kedua-dua belah pihak.

Dari segi rohani dan jasmani.

Ada yang dah bersedia nak berkahwin, tetapi gagal menjalankan kewajipan sebagai isteri/suami mahupun sebagai ibubapa.

Kena ingat balik, apakah tujuan asalnya perkahwinan itu. Bukan semata-mata sebagai ikatan bahawa anda sudah memiliki dan hidup dengannya sahaja.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Tauke Raja Lawak Mahu Isteri Yang Ada Asas Agama

  1. harap tauke dapat jumpe dgn bakal isteri yg lebih baiklps ni, jgan hanya pandang luaran, yang penting harus ada pegangan agama.. =)
    apepun jodoh itu di tangan Tuhan..

  2. Penceraian adalah jalan penyelesaian terakhir setelah rumah tangga tidak dapat diselamatkan lagi..

    Ikatan perkahwinan yang di bina berlandaskan syariat agama dan mendapat restu daripada kedua belah keluarga, Insya Allah akan berkekalan hingga ke akhir hayat..

    P/s: Saya sedang mencari penaja untuk menganjurkan pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja Pertandingan ini, sila klik (Klik Di Sini)

  3. dia nak isteri yanga da asas agama tapi dia tak tgk diri dia sendiri. Kalau ye pun isteri dia yang baru dia cerai kan tu tak de asas agama, dah menjadi tanggungjawab dia untuk membimbing dan bukannya mengambil jalan mudah dengan bercerai.

    1. Sy ni isteri ke2 dy…dn msih belum dceraikn secara sah…huhu..
      Mmg pndai belakon…allah tu maha adil…semoga allah bukekn pintu aty nyaa..aminn..

    2. Dia kata nak isteri yg ada asas UGAMA..
      Tauke tu ugama apa?
      Jangan sekadar pandai berlakon… ingat balasan tetap ada.
      Yang heran tu.. ada pulak betina2 di luar tu suka menjadi MANGSA dia.. mangsa BUAYA DARAT..

Leave a Reply to afasz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *