You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > #TanyaNajib Bajet 2013 : Hantarkan penyertaan anda!

17,410,354 total views, 1,883 views today

#TanyaNajib Bajet 2013 : Hantarkan penyertaan anda!

Jom sertai event #TanyaNajib untuk kita bertanya secara terbuka dengan Perdana Menteri kita mengenai Bajet 2013.

Bro baru sahaja menerima email dari admin pengurusan laman blog 1Malaysia.com.my milik Perdana Menteri kita.

Beliau selaku Menteri Kewangan, akan mengumumkan Bajet 2013 untuk Rakyat pada 28 September ini. Bajet ini merupakan sebuah bajet daripada Rakyat untuk Rakyat.

Jika anda ingin memahaminya dengan lebih mendalam, anda akan dijemput sebagai rakan online YAB Perdana Menteri untuk mengambil bahagian dalam sesi #TanyaNajib: Bajet 2013 secara langsung.

Sesi ini akan diadakan pada hari Rabu (3 Oktober 2012) jam 9 malam.

Jika anda berminat untuk menyertai sesi ini, hantarkan sebuah video 30 saat dan nyatakan mengapa anda layak untuk menjadi salah seorang daripada peserta sesi #TanyaNajib Bajet 2013. Emailkan video anda kepada admin@1malaysia.com.my dengan berikut:

Tajuk Email : #TanyaNajib

Nama:
No Kad Pengenalan:
Alamat Rumah:
No Telefon:
Email:
ID Google+:
Tentang Saya:

Jika mengikut cadangan asal, tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Rabu (26 September). Namun mereka telah membuat keputusan untuk melanjutkan tarikh tutup kepada Sabtu, 29 September 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “#TanyaNajib Bajet 2013 : Hantarkan penyertaan anda!

Leave a Reply

Top