Rasanya ini kempen terbaru dari Petronas iaitu “I Art You Malaysia”
Nampak terpampang di hadapan KLCC. Maka bro serach pasal benda ini lalu ternampak sedikit informasi di blog Rabiatul Adawiyah (kredit dari tempat bro curi gambar ini).
Dari apa yang bro tahu,
Terdapat lebih 200 pelajar sekolah rendah dari Melaka dan Sarawak terpilih untuk berkongsikan pendapat mereka mengenai Malaysia melalui lukisan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut melalui video Petronas ini.
Bicara Bro : Teringin juga nak lukisan bro dipamerkan di Galeri Petronas.
Teringat zaman sekolah rendah dulu, bro pernah menang pertandingan melukis dengan hanya berbekalkan pensil yang kontot panjang ibu jari tangan je (jari bro pendek2 je tau)
Itu je la yang bro menang, sebab itu je satu-satunya pertandingan melukis yang bro masuk.
Oklah tu Bro.. Bukannya senang nak memang pertandingan lukisan..
Tahun depan cuba Bro hantar hasil seni Bro dekat pameran ini.. mana tahu ada rezeki, hasil seni Bro tersenarai untuk dipamerkan di sini..
He..23x bro plan pamer dekat blog pun ok, mana tahu ada orang luar yang berminat nak pamerkan ke kan…
itu lagi bagus…
Kalau lukis bubuh nama anak boleh masuk tak bro? :-)
Boleh saja.. tp kena cuba la ek….
bagus sgt2 event lagu (macam) ni bab dia mlibatkan kanak2 dgn wktu yg sesuai hari merdeka.
Bagi memenuhi CSR… Kanak-kanak sekarang kurang mengerti erti kemerdekaan.
hoho.. boleh masyuk nih.. i love art..
sempat lagi nak pergi sana..sampai 30 september :)
Insya’lah ada masa bro akan pergi ke sana…
mesti mcm2 pendapat budak sekolah mengenai Malaysia ni
ada gak tertengok gambar2 lukisan kat blog blogger lain. cantik2 dan comel2 jugak lukisan tu.hehe
salam..
ermm..
I LOVE MY MALAYSIA Too…
:)
Suka tgk lukisan2 tu.. colourful..
Tengok la siapa yang ambil gambar. Dabik dada skit. Hahahah! :p
Amboi… menyesal tertibe bagi kredit dekat blog dia he..23x
aktiviti yang menarik ni..
Teringin nk jadi Pandai melukih
Susah nak pandai melukis.. Perlukan daya imaginasi yang tinggi.
Kalau terlebih tinggi, risau orang tak faham
Sebenarnya imaginasi je yg tinggi.. Tu pasal org x dpt menghayati kesenian lukisanku.. Ha ha..
nanti nk suruh anak lukis jugak la..submit ke petronas..hehehe
wahh..boleh suruh anak aku lukis nie pastu submit ke petronas.hehe
Itupun kalau Petronas nak layan. Kena tunggu kempen dorang la, lepas tue kena cari perluang untuk join.
kalo ade bakat lukis pki pensel kontot pon cantik..hehe
Nak buat macam mana. Dulu family bro hidup susah.
Itu je yang bro termampu.
ada bakat melukis rupanya bro ni masa kecik2 dulu…:D
bakat semula jadi. Semuanya bermula sejak menjadi pelukis jalanan…
Habis dinding diconteng…
Cuma karya agung itu dah dipadam berserta hadiah rotan beberapa das di tangan. he..23x
suka lukis dlm tandas je hehehe