You are here
Home > Pesan Mak > Pesan Mak : Kalau Nak Balik Kampung, Bagitau Awal-Awal

17,423,281 total views, 5,102 views today

Pesan Mak : Kalau Nak Balik Kampung, Bagitau Awal-Awal

Pesan mak bro,

Kalau balik Perak, bagitau awal-awal. Jangan main balik je.

Tapi macam itu la perangai bro dari kecik sampai ke besar. Asal balik je, mesti tak pernah bagitau.

Tau-tau je, bro dah ada di rumah. Lagipun bro tak kisah sangat jika tiada orang, sebab bro ada spare key.

Orang dulu-dulu kata, malang tak berbau. Kecuali malang tercium bau kentut orang lain.

Minggu lepas, bro kelam-kabut balik ke Johor atas urusan yang tidak dapat bro nak elakkan. Lagi-lagi bila masa sudah terlalu dekat ini.

Esoknya bro balik ke KL, sebab si dia kerja pada sebelah malamnya.

Lusanya, selepas subuh bro amik dia balik kerja dan terus balik Perak. Memang tak cukup rest bro dibuatnya apabila terpaksa drive dari KL – Johor, kemudian Johor – KL dan akhirnya KL – Perak.

Sampai je kampung halaman, terasa pelik sikit. Awat rumah macam tiada orang je. Jam baru pukul 8 lebih.

Maka, terpaksa call mak bapak bro.

Walaupun ada spare key. Bagaimana nak masuk jika pintu rumah pun bapak bro dah tukar pintu lain termasuk kuncinya sekali.

Sekali dorang ada di Pahang, sebab sepupu bro kahwin.

Oh Tidak….!!!!!

Dengan mengantuknya, bro terpaksa tidur di beranda rumah. Siap berdengkur lagi (bro rasalah kan). Selamat beranda rumah bro selesa untuk baring dan golek-golek.

Paling best, bila dekat rumah bro disediakan bilik air.

Memang mandi puas-puas (nampak sangat dari Johor sampai ke Perak tak mandi-mandi).

Tengahari terus balik KL. (Kena drive lagi)

Bicara Bro : Betul pesan mak tue, lepas ini kena take note (walau kenyataannya, memang perangai bro macam ini dari kecik. terikut perangai bapak bro).

Memang kena bebel puas-puas dengan bapak bro. Berbisa juga ayat dia.

Note : Itu gambar rumah bakal mertua bro di Johor

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “Pesan Mak : Kalau Nak Balik Kampung, Bagitau Awal-Awal

Leave a Reply

Top