You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Menunaikan Haji Tema Filem Aji Noh Motor

17,414,660 total views, 3,055 views today

Menunaikan Haji Tema Filem Aji Noh Motor


Baru-baru ini bro dijemput menghadiri majlis pratonton filem Aji Noh Motor arahan Muhamad Razif Abdul Rashid yang merupakan pengarah dibawah Skim 10 Pengarah Muda MIG.

Bro pergi bersama Deq Noor. Lama tak jumpa dia. Hari tue dia pergi Singapura, balik terus ke Indonesia. Minggu depan dah ke China pula. Busy sungguh mak datin sorang nie.

Filem ini menampilkan pelakon seperti Wawa Zainal, Zalif Sidek dan Alex Yanz.

Ianya turut dibarisi oleh Boy Iman, Shahfiez, Eddy Rauf dan Mimie Ernida. Tidak lupa juga pelakon yang lebih berpengalaman seperti Datuk Eizlan Yusof dan Imuda.

Filem bergenre Islamik Komedi ini mengetengahkan kasih sayang seorang abang kepada adiknya yang kurang upaya tetapi ingin menunaikan fardu haji dalam hidupnya.

Sinopsis Filem Aji Noh Motor
Aji (Alex Yanz) + Noh (Zalif Sidek) + Motor

Filem ini mengisahkan tentang Aji, yang merupakan abang kepada Noh. Mereka berdua adalah anak yatim piatu. Selepas kematian ibu bapa mereka, Aji yang menjaga Noh. Aji terlalu sayangkan adiknya sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Aji bekerja di bengkel motor bersama-sama dua orang rakan baiknya. Aji sering terlibat dengan lumba motor dan sangat dikenali ramai kerana kejaguhannya di dalam lumba motor. Walau bagaimanapun, orang kampung tidak suka dengan aktiviti mereka yang sering berlumba motor ini.

Noh pula mempunyai karakter yang berbeza dengan abangnya. Noh rajin ke surau untuk mendengar ceramah agama dan dalam masa yang sama mempelajari ilmu persilatan.

Noh merupakan seorang yang sangat istimewa kerana buta mata tetapi tidak buta hati. Disebabkan itu Noh dapat mempelajari ilmu persilatan dengan baik.

Walaupun Noh buta, Noh diminati oleh seorang gadis kampung yang turut sama sering mendengar ceramah agama di surau bernama Sutera (Wawa Zainal).
Pada satu hari, mereka telah mendengar ceramah agama tentang Haji. Ceramah tersebut telah memberi kesan yang mendalam dalam diri Noh sehingga menyebabkan perasaan ingin menjejakkan kaki ke tanah suci sangat menebal.

Oleh itu, semasa hari lahir Noh, Aji berjanji untuk menunaikan apa sahaja permintaan Noh. Noh menyatakan hasrat untuk menziarahi kubur ibu bapa mereka dan menunaikan Haji. Pelbagai usaha dilakukan oleh Aji untuk menunaikan hasrat adik kesayangannya itu.

Untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Aji untuk menunaikan hasrat adiknya itu, dapatkah mereka menunaikan Haji, bagaimana kesudahan Noh dan Sutera serta banyak lagi, saksikan “Aji Noh Motor” di pawagam berhampiran bermula 20hb September 2012 ini.

Trailer Filem Aji Noh Motor

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Menunaikan Haji Tema Filem Aji Noh Motor

  1. kalau dah balik Brunei memang tader can nak tgk filem
    Melayu coz mr. hubby memang TAK nak ikut melainkan jika
    benar2 memikat hati dia.. kena tggu DCD gak..

    Ehhh.. seriously nak tanya.. siapa menang dialog hari tuh..??

Leave a Reply

Top